Sumber
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2012/01/14/usaha-kementerian-disambut-baik/
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2012/01/14/usaha-kementerian-disambut-baik/
30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah.
KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mempertahankan 30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah.
Presidennya, Ahmad Malie berkata, sekurang-kurangnya usaha ini membuktikan bahawa KPM ada usaha untuk menangani masalah ini yang sekian lama menjadi isu bagi kedua-dua negeri.
Bagaimanapun, peratusan itu, kata beliau, sewajarnya juga ditingkatkan memandangkan permohonan anak-anak tempatan kini kian bertambah.
“Secara dasarnya KGBS menerima baik usaha KPM mempertahankan 30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru bertugas di kedua-dua negeri ini pada masa ini.
“Namun demikian, memandangkan jumlah permohonan guru pelatih dari
kalangan anak-anak tempatan kian meningkat setiap tahun maka KGBS menyarankan agar kuota 30 peratus ini sewajarnya dinaikkan lagi sehingga 50 peratus,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo baru-baru ini.
Menurut Ahmad, dengan dengan pertambahan kuota pengambilan guru pelatih daripada anak-anak tempatan ini ia pasti membantu mengatasi masalah perpindahan lebih efektif.
“KGBS yakin dan percaya masalah perpindahan guru antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung pada masa yang akan datang dapat diatasi dengan lebih berkesan,” tegasnya.
Beliau memberitahu cadangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan anak-anak tempatan.
Pada 10 Januari lalu, KPM dilapor mempertahankan kuota 30 peratus pengambilan guru pelatih masing-masing dari Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru bertugas di kedua-dua negeri ke semenanjung.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pertukaran guru ke semenanjung dikhuatiri mampu merencatkan kelangsungan proses akademik pelajar di kedua-dua negeri jika masalah tidak ditangani.
“Kementerian sedang berusaha sebaik mungkin memenuhi kuota pemilihan guru pelatih yang diperkenalkan sejak Jun 2010 untuk ditempatkan di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.
“Setakat ini, kami menerima permohonan memberangsangkan daripada calon Sabah dan Sarawak,” katanya.
More fully in : http://ari-software.blogspot.com/2011/11/membagi-postingan-menjadi-beberapa.html#ixzz1gBcHo5uS
Ari Software
Tiada ulasan:
Catat Ulasan