Sumber:
Utusan Borneo
MUSNAH: Keadaan Rumah Malang yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam. |
BETONG: Tiga puluh satu daripada 35 buah keluarga dari Rumah Malang Ugak, Lubau, Layar di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.Kebakaran yang tidak melibatkan kemalangan jiwa itu melibatkan kira-kira 200 orang penghuni rumah panjang berkenaan.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong berkata, kebakaran dipercayai bermula pada kira-kira jam 2.30 pagi semalam.Beliau menjelaskan, hanya empat buah bilik yang terselamat dalam kebakaran itu.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 pagi dan apabila bomba dengan kekuatan 15 anggota tiba di tempat kejadian, 50 peratus rumah panjang itu sudah ranap dijilat api.“Kami berjaya memadamkan api sepenuhnya pada kira-kira jam 6.10 pagi dan jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya semalam.Rumah Malang terletak kira-kira enam kilometer dari simpang Layar, Betong.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat turut bergegas melawat tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan