Isnin, 9 Januari 2012

31 keluarga Rumah Malang tinggal sehelai sepinggang


Sumber:
Utusan Borneo


MUSNAH: Keadaan Rumah Malang yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.





BETONG: Tiga puluh satu daripada 35 buah keluarga dari Rumah Malang Ugak, Lubau, Layar di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.Kebakaran yang tidak melibatkan kemalangan jiwa itu melibatkan kira-kira 200 orang penghuni rumah panjang berkenaan.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong berkata, kebakaran dipercayai bermula pada kira-kira jam 2.30 pagi semalam.Beliau menjelaskan, hanya empat buah bilik yang terselamat dalam kebakaran itu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 pagi dan apabila bomba dengan kekuatan 15 anggota tiba di tempat kejadian, 50 peratus rumah panjang itu sudah ranap dijilat api.“Kami berjaya memadamkan api sepenuhnya pada kira-kira jam 6.10 pagi dan jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya semalam.Rumah Malang terletak kira-kira enam kilometer dari simpang Layar, Betong.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat turut bergegas melawat tempat kejadian.




Himpunan 901 dicemari letupan bom, pergelutan


Sumber
malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/186078













Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.
Perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah hari ini dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.
Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.
Ketua polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu.
Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan di lokasi tersebut.

"Semua kejadian disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," kata Mohamad Saleh yang turut menasihat orang ramai supaya tidak panik dengan kejadian tersebut.
"Polis masih menjalankan siasatan. (Letupan bom) dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi dalam satu kenyataan.
Polis turut menemui perkakas bom termasuk bebola besi, bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan, kata Mohamad lagi.
Menurut beliau lagi, letupan pertama pada kira-kira jam 10.20 pagi itu berlaku di Jalan Khidmat Usaha, kira-kira 300 meter daripada salah satu pintu utama ke mahkamah.
Dua lelaki mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, termasuk seorang peguam.
Letupan kedua pula berlaku sekitar jam 10.45 pagi di luar bangunan substesyen TNB berhampiran medan selera di jalan yang sama.
Tiga orang mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, selain menyebabkan kerosakan kecil ke atas satu kenderaan van penjaja dan juga dua buah motorsikal.
Letupan terakhir kira-kira 10 minit kemudian berlaku berhampiran satu lagi pintu masuk ke mahkamah di sekitar Jalan Khidmat Setia.

Letupan di kawasan yang menempatkan kompleks bangunan kerajaan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan namun mengakibatkan kerosakan ke atas empat buah kereta.




Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...