Khamis, 15 Disember 2011

Kontrak baru wajibkan guru sandaran kerja setiap hari


Sumber:
malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/184169







Menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.
Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak GSTT Shamil Nor berkata penukaran daripada "Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat juga menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.

"Kontrak yang baru ini juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain perlu hadir di sekolah tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sungguhpun tiada sesi pembelajaran atau gaji dipotong," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pemuda Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga berkata di samping itu semua mereka hanya dimaklumkan mengenai penukaran kontrak itu pada 10 Nov sedangkan kontrak ini telah berkuat kuasa pada 17 Okt.

"Walaupun kontrak yang baru ini telah berkuat kuasa namun saya dimaklumkan terdapat Pejabat Pendidikan Daerah yang masih tidak memaklumkan perkara itu kepada guru sandaran di daerah mereka sedangkan esok semua guru sandaran diminta menandatangani Surat Akujanji berhubung kontrak yang baru itu," katanya.

Sementara itu Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung masalah itu.



Orang minyak’ ditangkap oleh mangsanya ketika cuba mencuri


Sumber:
Utusan Borneo
by AMIR ANUAR. Posted on December 14, 2011, Wednesday

PELIK ... Tindakan lelaki berkelakuan pelik ini mencuri di kediaman mangsanya, berakhir setelah ditangkap oleh mangsanya sendiri.






‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah
TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, Utusan Borneo difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.

Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

"Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.

Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.

Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.

“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.

Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.

Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.

Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.












Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...