Isnin, 18 April 2022

BUKAN "MERBAHAYA" TETAPI 'BERBAHAYA"

 

Memartabatkan Bahasa Melayu

Bil. 9/2022 BMKPM

Munsyi Md Rasul bin Haron

MASIH banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru ketika menggunakan kata terbitan atau kata berimbuhan. Contoh yang ketara ialah penggunaan imbuhan dalam perkataan *merbahaya.

Bentuk itu tidak tepat kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud imbuhan *mer-. Yang sesuai ialah ber-. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ada menyenaraikan perkataan merbahaya, tetapi dirujukkan sebagai marabahaya, yang bermaksud "bermacam-macam bencana atau bahaya". Dengan maksud itu, merbahaya atau marabahaya ialah kata nama, sedangkan berbahaya ialah kata kerja.

Maksud ber- dalam situasi ini ialah “ada” atau “mempunyai”. Dengan hal yang demikian, berbahaya bermaksud “boleh mendatangkan bahaya” atau “dalam bahaya”. Oleh itu, gunakanlah perkataan berbahaya.


Satu contoh lagi ialah *pergerakkan. Imbuhan *per-...-kan juga tiada dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah pe-...-an dan per-...-an. Jika digunakan pe-...-kan, yang terhasil ialah *pegerakan. Bentuk ini salah juga. Oleh itu, bentuk yang betul ialah pergerakan. 


 

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...