Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Disember 2011

Sidang Parlimen ke-12 ditangguhkan






Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-12 yang bersidang sejak 3 Okt lalu ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan sebanyak sembilan rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) 2011, Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti 2011, Rang Undang-undang Veteran 2011, dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011.

Dewan pada persidangan kali ini juga meluluskan beberapa Rang Undang-undang Pindaan iaitu Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011.

Turut diluluskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2011 dan Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011.

Selain itu, dewan juga meluluskan beberapa usul termasuk 10 usul dibentangkan hari ini oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Dewan juga meluluskan usul pemansuhan tiga proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan usul itu pada 24 Nov lepas, berkata tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.

Selain itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

- Bernama

Rabu, 30 November 2011

Nga mohon maaf gelar Zambry 'hitam metalik'



Sumber:
malaysiakini.com


Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya "hitam metalik".
    
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.
    
Nga, yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 November lepas.
    
Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.
Dalam kenyataannya itu, Nga bagaimanapun berkata, petikan  mengenai "hitam metalik" itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan BN yang dianggapnya tidak sah.
    
"Secara peribadi, saya tidak membenci Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara," katanya.

Sementara itu, Bernama turut melaporkan Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan (Wawasan) berkata, Nga tidak seharusnya dicalonkan semula oleh parti itu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang setelah didakwa membuat kenyataan menghina menteri besar.

Malah, Wawasan meminta Nga meletak jawatan serta-merta daripada DAP jika beliau tidak mahu melibatkan parti itu dalam isu yang dianggapnya berbaur perkauman.
    
Presiden Wawasan, Fauzi Muda, berkata keceluparan dan sikap perkauman Nga tidak boleh dimaafkan kerana beliau menjatuhkan martabat seseorang yang berkulit hitam.
    
"Ini bermakna kaum India dan Melayu yang berkulit hitam dipandang rendah dan terlalu hina di mata DAP," katanya sebelum menyerahkan memorandum yang membantah kenyataan Nga itu kepada seorang wakil DAP di Ibu Pejabat DAP Perak hari ini.
    
Fauzi meminta Nga memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat yang berkulit hitam berhubung kenyataannya itu yang dilaporkan dibuat pada 9 September lepas.
    

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...