Ahad, 11 Disember 2011

Tommaso: Kucing Terkaya Di Dunia







Tuah kucing bernama Tommaso
Seekor kucing hitam di Rom, Itali, bernama Tommaso mendadak menjadi binatang terkaya di dunia setelah majikannya meninggal. Kucing berusia empat tahun ini mendapat warisan bernilai 10 juta pound sterling. Menurut sumber daripada laman web The Guardian, Jumaat 9 Desember 2011, majikan Tommaso yang tidak disebutkan namanya meninggal dunia bulan lalu pada usia 94 tahun. Dalam wasiatnya, janda yang tidak mempunyai anak ini mewasiatkan peguamnya untuk memberikan seluruh hartanya yang terdapat dari Milan di utara ke Calabria di selatan kepada Tomasso.
Dalam wasiat bertarikh 26 November 2009 tersebut, janda kaya ini juga memberikan mandat bagi peguamnya untuk melantik yayasan pecinta binatang yang dapat menjaga Tommaso. Salah seorang peguamnya, Anna Orecchioni, mengatakan bahawa terdapat beberapa yayasan yang telah disenaraipendekkan untuk menjadi penjaga Jutawan Tommaso. Menurut undang-undang Itali, seekor binatang tidak dapat mewarisi harta majikannya. Untuk itu, janda ini mempercayai pembantunya, Stefania, untuk mengurus kekayaannya. Ketika janda ini sakit, Stefania membantunya untuk melakukan beberapa tugasan di rumah.
"Saya tidak tahu bahawa majikan saya sangat kaya," kata Stefania. Tommaso bukanlah kucing pertama yang mendapatkan harta warisan jutaan nilainya. Sebelum ini, pada tahun 1988, seekor kucing bernama Blackie di Britain juga mewarisi harta majikannya bernilai 9 juta pound sterling• VIVAnews.


Pahang kembali dilanda banjir


Sumber:
Bernama




Sepuluh mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir
Pahang kembali dilanda banjir apabila seramai 10 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah Kuantan sejak malam tadi.Mereka yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Isap Damai, ungai Isap Perdana, Kampung Tiram, Kampung Segantang Lada, Kampung Razali, anah Putih serta Cenderawasih.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, semua angsa dipindahkan sejak tengah malam tadi berikutan hujan lebat sejak semalam ang menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1.5 meter. "Daripada jumlah itu, seramai 42 orang dipindahkan ke Sekolah Menengah ebangsaan Bukit Rangin; dewan orang ramai Kampung Tiram (19), Sekolah ebangsaan Galing (4) dan Tadika Perpaduan Cenderawasih (45)," katanya di Kuantan, hari ini.

Tiada kejadian banjir dilaporkan di daerah lain setakat ini, katanya.

Namun katanya, orang ramai terutama yang berada di kawasan berisiko banjir iminta berhati-hati berikutan hujan lebat masih berterusan pada hari ini."Orang ramai perlulah segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak keselamatan," katanya.

2000 Borang BR1M Diedarkan di Sri Aman







2,000 borang BR1M sudah diedar di Sri Aman
SRI AMAN: Sejumlah 2,000 borang borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diedarkan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sri Aman kepada orang ramai, setakat jam 11.30 tengah hari, semalam.
Pejabat itu menjadi tumpuan ribuan orang ramai untuk mendapatkan borang itu mulai jam 8.30 pagi.

Kehadiran orang ramai menyebabkan kakitangan pejabat LHDN di sini tidak menang tangan melayan kerenah mereka yang sanggup beratur sehingga ke kawasan luar pejabat.
Seorang kakitangan LHDN Sri Aman berkata, sejumlah 2,000 borang permohonan BR1M telah pun diedar kepada orang ramai menjelang tengah hari semalam.

“Sebanyak 10,000 borang permohonan telah diperuntuk kepada pejabat LHDN Sri Aman untuk diagihkan kepada orang ramai di kawasan Sri Aman,” katanya ketika di-temui di pejabat LHDN Sri Aman, semalam.
Borang BR1M bernilai RM500 kepada isi rumah yang kurang daripada RM3,000 sebulan juga boleh dimuat turun menerusi laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my.

Taklimat ejen tarik kereta, motosikal di Miri 13 Dis





Taklimat ejen tarik kereta, motosikal di Miri 13 Dis

MIRI: Semua ejen penarik kereta dan motosikal di kawasan Miri diminta untuk menghadiri satu taklimat berkenaan per-kara tersebut di pejabat Kementerian Perdaga-ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggu-naan (KPDNKK) Miri, Tingkat Enam pada 13 Disember, jam 2.30 petang.
Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Zakaria Awang berkata, adalah satu kesalahan jika ejen-ejen terbabit jika tidak mempunyai lesen untuk sebarang kenderaan yang ditarik.

“Semua ejen diminta untuk hadir dalam satu sesi taklimat di pejabat kita pada hari itu nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, pada taklimat itu nanti, mereka yang berkenaan akan diberikan penerangan tentang lesen tarik kenderaan dan prosedur-prosedur yang perlu diketahui ketika melakukannya.
“Perlu ada peraturan yang dipatuhi dan bukan secara hentam keromo sahaja, kita tidak mahu itu semua berlaku,” ujarnya.
Lagipun, Zakaria memberitahu bahawa peraturan berkenaan sudah mula dikuatkuasakan dan tidak ada alasan bagi ejen-ejen untuk tidak mematuhinya.
Beliau pada masa sama turut mengharapkan kerjasama daripada ejen-ejen terbabit dengan menghadiri sesi taklimat yang telah dijadualkan.

Astaghfirullah hal azim: Lihat Perut Lelaki Inggeris Ini Dipenuhi Kokain




Seorang warga Britain ditangkap kerana menyembunyikan dua kilogram kokain yang hendak dibawanya keluar dari Brazil. Hasil pemeriksaan rapi, dia menyembunyikan kokain itu di dalam perutnya. Lelaki berusia 44 tahun ini ditangkap dibandar Congohas di Sao Paulo ketika menunggu penerbangan menuju ke Senegal, Afrika Barat.


Hasil x-ray menunjukkan di dalam perut lelaki ini dipenuhi 89 kapsul ubat kategori jenis A dan berat setiap satunya di bawah satu auns. Lelaki yang namanya tidak dinyatakan ini ditahan ketika dia melakukan check-in. 

Ketua Polis Jose Alonso menyatakan lelaki tersebut memiliki dua pasport iaitu Britain dan Nigeria dan butiran di dalam pasport berbeza antara satu sama lain. Kokain dalam jumlah besar ini kemudian dikeluarkan dari perutnya melalui pembedahan selama beberapa jam di hospital sebaik sahaja dia ditangkap. Menurut jurucakap polis, kokain itu dianggarkan bernilai 286 ribu pound sterling dan akan dijual ke Eropah. 

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...