Ahad, 11 Disember 2011

Taklimat ejen tarik kereta, motosikal di Miri 13 Dis





Taklimat ejen tarik kereta, motosikal di Miri 13 Dis

MIRI: Semua ejen penarik kereta dan motosikal di kawasan Miri diminta untuk menghadiri satu taklimat berkenaan per-kara tersebut di pejabat Kementerian Perdaga-ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggu-naan (KPDNKK) Miri, Tingkat Enam pada 13 Disember, jam 2.30 petang.
Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Zakaria Awang berkata, adalah satu kesalahan jika ejen-ejen terbabit jika tidak mempunyai lesen untuk sebarang kenderaan yang ditarik.

“Semua ejen diminta untuk hadir dalam satu sesi taklimat di pejabat kita pada hari itu nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, pada taklimat itu nanti, mereka yang berkenaan akan diberikan penerangan tentang lesen tarik kenderaan dan prosedur-prosedur yang perlu diketahui ketika melakukannya.
“Perlu ada peraturan yang dipatuhi dan bukan secara hentam keromo sahaja, kita tidak mahu itu semua berlaku,” ujarnya.
Lagipun, Zakaria memberitahu bahawa peraturan berkenaan sudah mula dikuatkuasakan dan tidak ada alasan bagi ejen-ejen untuk tidak mematuhinya.
Beliau pada masa sama turut mengharapkan kerjasama daripada ejen-ejen terbabit dengan menghadiri sesi taklimat yang telah dijadualkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...