Selasa, 25 Oktober 2011

Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah


malaysiakini.com
Aidila Razak
4:33PM Okt 25, 2011



Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.


Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.

Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

“Pihak KKM memandang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.



Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh  menyebabkan keracunan makanan, adalah:

  • SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
  • SMK Alor Pasir, Tanah Merah
  • SK Lata Rek, Kuala Krai
  • SK Juara, Rompin
  • SK Luat, Lenggong
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

Gangguan Seksual Menerusi Internet




PENGENALAN
Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan, kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu, teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi .
Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan atau melancarkan proses urusan perniagaan harian.
Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin kepada perubahan ini khususnya dalam proses perniagaan. Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai gangguan seksual elektronik atau e-harassment (Towns, 2000).

Selain itu, perbuatan melayari laman web lucah juga dikatakan semakin meningkat terutamanya di kalangan remaja. Keadaan bertambah buruk apabila keupayaan setiap keluarga di Malaysia yang mampu memiliki komputer semakin bertambah sejajar dengan usaha kerajaan mewujudkan konsep ‘ Satu Keluarga Satu Komputer’ . Kawalan yang kurang daripada pihak ibu bapa telah memudaratkan lagi keadaan Sementara itu, kajian yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati golongan pelajar menjadikan laman web lucah sebagai tempat melepaskan tekanan ketika belajar (Salina.2001 ).



GANGGUAN SEKSUAL MENERUSI INTERNET?

Gangguan seksual menerusi internet di tempat kerja merupakan salah satu bentuk atau cabang gangguan seksual. Gangguan seksual menerusi internet secara umumnya boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:


i) gangguan seksual yang hanya berlaku di internet sahaja iaitu di alam siber.
ii) gangguan seksual di internet yang bertukar menjadi gangguan seksual di alam nyata
dan yang lebih berbentuk fizikal (Cyberangels, 1999).


Gangguan seksual menerusi internet boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya penghantaran e-mel yang tidak diingini oleh seseorang yang berbentuk mengancam dan lucah kepada seseorang lain (McGraw, 1 995). Ini merupakan gangguan seksual menerusi internet secara langsung di mana ia melibatkan sabotaj secara elektronik, iaitu menghantar mesej lucah dalam bentuk junk e-mail kepada mangsanya atau dikenali juga
sebagai spamming (Ellison & Akdeniz, 1998). Penghantaran ini biasanya dilakukan dengan menghantar mesej lucah kepada ratusan mangsa dan bukan hanya kepada seorang sahaja. Gangguan seksual menerusi internet juga boleh berlaku dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan chatting. Gangguan ini berlaku dalam keadaan penghantaran pesanan serta mesej yang berunsur seksual dan perihal aktiviti seks dengan mangsa melalui talian Internet ReZq Chat (IRC) atau Usenet (Cyberangels, 1999). Ia berlaku dalam situasi seperti seseorang bertanyakan soalan berbentuk peribadi yang menyentuh perkara sulit yang tidak sepatutnya disoal. Antaranya ialah mengenai bentuk fizikal badan ataupun kegiatan seks pasangannya (Bell, 1999). Manakala CyberstaZking pula merupakan bentuk gangguan yang tidak langsung yang merujuk kepada penggunaan internet, e-mel atau alat komunikasi elektronik lain untuk mengganggu pengguna lain secara berterusan (Hatcher, 2000).

Selain itu, melayari laman web lucah juga dikatakan salahlaku moral menerusi internet. Kemudahan melayari internet pada era teknologi sesungguhnya merupakan satu perkara yang senang. Ini berikutan tiada terdapat sebarang tapisan terhadap bahan- bahan dalam internet. Fenomena ini menyebabkan ramai remaja khususnya yang dikatakan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mencari laman-laman web seks untuk memenuhi naluri tersebut.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaan dengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan boleh memanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-mel yang lucah. Mekanisme ini termasuklah:


i) mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantar
tertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan
tertentu apabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja
rasmi .
ii) program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidak
disenangi dalam e-mel.
iii) prosedur mengaudit e-mel secara rawak.
Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan Komuni kasi 1 998'memperuntukkan :-"Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakun perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang". Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan jika seorang individu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau mengancam orang lain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l(ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 menyatakan:-


“Seseorang yang melanggar sub@) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,OOO. 00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi I tahun atau kedua-duanya dan juga bolehdidenda selanjutnya RMI, 000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit. ”

Melayari laman web lucah


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan. Lantaran itu, kawalan dan pemantauan haruslah ketat agar anak mereka tidak berpeluang melayari laman web seks pada ketika ibu bapa tiada di rumah. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui anak-anak. Di samping itu, kesedaran individu amat penting kerana kecenderungan melakukan perbuatan tersebut akan mempengaruhi individu untuk melakukan jenayah seksual (Kingsmill, 1997). Pegangan agama yang kuat dalam sanubari juga harus ditekankan.

KESIMPULAN


Salahlaku moral menerusi internet perlu dipandang serius oleh semua pihak. Dengan perkembangan teknologi internet yang begitu pesat, pengguna haruslah sent iasa ingat bahawa kegunaan internet untuk tujuan yang memanfaatkan dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting pengguna-pengguna internet menyemai dan memupuk kesedaran dalam diri masing-masing terhadap penggunaan internet yang betul. Sekiranya setiap pengguna mempunyai sifat sebegitu, maka salahlaku moral menerusi internet akan dapat dibendung. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan guru bolehlah juga mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar mereka tentang etika penggunaan internet yang betul bagi membanteras perbuatan salahlaku moral menerusi internet.

Taib lancar logo rasmi Yayasan Perpaduan Sarawak


Utusan Borneo
Berita Tempatan Sarawak(25 Oktober 2011)





KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam melancarkan logo rasmi Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS).
Pelancaran logo tersebut telah diadakan dalam satu majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di Tingkat 22, Bangunan Wisma Bapa Malaysia di sini.
Logo rasmi YPS merupakan hasil rekaan pelajar The One Academy Kuala Lumpur dari Miri, Ellie Yong selepas memenangi Pertandingan Reka Cipta Logo YPS awal tahun ini.
Menampilkan imej belia pelbagai latar belakang etnik, peralatan muzik dan elemen etnik yang lain, logo ini melambangkan semangat kesatuan dan harmoni di kalangan rakyat Sarawak.
Penggunaan perkataan ‘Unity’ pada gendang yang me-wakili tema organisasi mempromosikan kesatuan mana-kala kepelbagaian kaum menggambarkan kemahuan untuk bersatu.
Mengenai pertandingan tersebut, ia telah diadakan dari 3 Mac hingga 31 Mei 2011 dan menerima 130 penyertaan daripada belia Sarawak ber-umur antara 16 hingga 25 tahun.
Tiga penyertaan terbaik daripada lapan penyertaan yang disenarai pendek telah dipilih oleh pengerusi Lembaga Amanah YPS.
Pemenang pertama, Ellie, menerima hadiah wang tunai RM3,000, manakala pemenang kedua Tang Sing Moi dan ketiga Muhammad Mateen Poster masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.
Dalam pada itu pertandingan berkenaan merupakan aktiviti pertama yang dilaksanakan di bawah program ‘Sarawak Youth for Unity Year’ yang dilancarkan oleh Ketua Menteri pada 18 Januari lepas.
Hadiah kepada finalis dan pemenang telah disampaikan oleh Taib semalam dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Yayasan Perpaduan Sarawak merupakan organisasi bukan mencari keuntungan yang bermatlamat untuk mempromosi, menyokong dan memper-kukuhkan semangat kesatuan dan harmoni yang dinikmati oleh rakyat Sarawak.
Antara acara lain yang bakal dilaksanakan di bawah ‘Sara-wak Youth for Unity Year’ ialah Forum Antara Budaya Belia, Dialog bersama Belia Sarawak, Siri Ceramah Ke- satuan, Pertandingan Filem Pendek dan Persidangan Budaya Belia Antarabangsa.



Semua Hotel digalakkan dapat Sijil Halal




PUTRAJAYA: Semua hotel di negara ini digalakkan mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata ia perlu bagi memberi keyakinan kepada masyarakat tentang makanan yang disediakan di hotel.
“Kami mengalu-alukan hotel-hotel di negara ini mendapatkan sijil halal daripada kami sungguhpun keperluan untuk mendapatkan sijil halal tidak diwajibkan,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan bahawa hampir satu pertiga atau 429 daripada lebih 1,500 hotel berdaftar dengan Kementerian Pelancongan sudah mempunyai sijil halal.
Menurut laporan itu, lebih 1,000 hotel belum mendapatkan sijil halal dan kebanyakannya adalah hotel lima bintang.
Othman berkata hotel yang sudah mendapatkan sijil halal perlu mempamerkan sijil halal mereka di premis masing-masing. — Bernama


Batal konsert Elton John atau biar remaja hancur


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 25 Okt: “Artis yang cukup rosak seperti (Elton John) ini mahu dibawa 
ke negara Malaysia?” tanya Nik Nasri Nik Malek.
Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu itu menyatakan 
demikian sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar harian bahawa Elton John 
akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini di Genting Highlands.
Elton John ‘berkahwin’ dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan
 negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis.
Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan 
mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian 
apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor 
umur Elton John.
Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang
 ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John.
Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran
 ‘anak’ mereka itu: “We are overwhelmed with happiness and joy at this very special
 moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents“.
Menurut Nik Nasri, apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia 
yang sihat fitrah kemanusiaannya.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah wajar artis yang rosak seperti ini mahu dibawa ke negara 
ini.
“Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian 
rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima
 cara hidup yang sangat songsang ini,” ujarnya.
Menurutnya, mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang 
songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja.
“Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau
 hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih 
harmoni termasuk masadepan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih
 penting dari hanya semata-mata lagunya,” katanya lagi.
Ada juga, katanya yang beralaskan dengan hak asasi manusia, hak untuk bercakap
dan hak untuk menyuarakan pandangan.
Jelasnya, hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi 
hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan ‘bersuami isteri’ secara songsang
 menyalahi fitrah semuljadi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan.
Beliau menambah, remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta 
orang, tidak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai 
kehancuran nilai.
“Pergi ke enjin pencari di internet dan taip ‘gay’ atau yang sepertinya, anda akan terkejut
dengan budaya gay di Malaysia,” katanya.
Justeru, katanya kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis 
dengan dahsyatnya sekarang.
“Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin 
hancurnya remaja Malaysia sendiri,” katanya lagi.

Pusaka, Wasiat dan Hibah



Pusaka, wasiat dan hibah merupakan tiga instrumen yang tidak asing lagi bagi kita umat Islam. Ketiga-tiganya amat sinonim dalam pengurusan pentadbiran harta umat Islam serta merupakan antara transaksi-transaksi yang paling utama dalam pemindahan hak milik daripada seorang kepada seorang yang lain.

Apa yang membezakan antara ketiga-tiganya adalah sama ada pemberian itu berlaku ketika seseorang itu masih hidup (hibah), atau ia diberikan selepas meninggal dunia (wasiat) ataupun tidak diakadkan apa-apa dan harta diagihkan kepada yang berhak selepas meninggal dunia (pusaka).

Mahkamah sivil boleh bicara kes cubaan murtad



Malaysiakini.com
25 Oktober 2011


Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat,semalam.

"Sangat ramai yang tidak sedar kewujudan enakmen ini yang sudah dilaksanakan pada tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah," katanya.

Beliau berkata antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.



Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama dengan semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam usaha mengawal dan menyekat perkembangan ajaran agama lain yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Beliau berkata kerajaan, melalui Jakim selaku badan penyelaras telah menjalankan usaha penyelarasan undang-undang bagi tujuan menyeragamkan undang-undang Islam di setiap negeri.

"Walaupun isu mengenai hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri masing-masing, tetapi kerjasama perlu demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam," katanya.




Bagi menangani isu fahaman Syiah di negara ini, beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan berhemah dengan memberi kebebasan pengikut Syiah mengamalkan fahaman itu, tetapi mereka dilarang menyebarkannya kepada umat Islam yang mempunyai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Pemantauan secara turun padang dilakukan bersama-sama. Jakim, majlis agama negeri dan polis sentiasa mengikuti aktiviti dan perkembangan terkini fahaman itu," katanya.

- Bernama

Gudang simpan barangan pengguna terbakar, kerugian lebih RM1 juta


Utusan Borneo
25 Oktober 2011




MIRI: Sebuah gudang penyimpanan pelbagai barangan pengguna kerugian lebih RM1 juta setelah premisnya yang terletak di Jalan Lutong-Miri di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku tengah malam kelmarin.
Kebakaran yang dipercayai bermula sekitar jam 11.30 malam itu turut merosakkan sebuah van milik syarikat yang diletakkan di tepi bangunan premis tersebut.
Berikutan itu, tiga jentera bomba, dua daripadanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan sebuah lagi dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri bersama 20 anggota dengan diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba Lopeng Mohd Ayob Hassan telah bergegas ke tempat kejadian.
Menurut Ayob, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kebakaran itu pada jam 11.58 malam dan tiba di tempat kejadian 18 minit kemudian.
Katanya, hasil usaha gigih pihak bomba, api yang marak dengan beberapa letupan kecil kedengaran di beberapa bahagian di dalam gudang berkenaan akhirnya dapat dikawal sekitar jam 1.10 pagi.
“Punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan kami akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami,” katanya.
Pun begitu menurut Ayob, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada panahan petir akibat cuaca buruk yang berlaku sebelum kebakaran tersebut.
Sementara itu menurut beliau, letupan kecil yang kedengaran di dalam gudang berkenaan tidak berbahaya kerana ia dihasilkan oleh tin-tin makanan dan silinder cecair racun penyembur serangga (aerosol) yang terbakar.
Difahamkan, sebelum kejadian berlaku gudang terbabit telah mengalami gangguan elektrik iaitu terputus bekalan setelah kejadian petir sabung-menyabung dan dentuman guruh yang kuat di kawasan tersebut.
Selang beberapa minit kemudian, dua pengawal yang sedang bertugas kemudian memeriksa ke sekeliling kawasan gudang berkenaan dan tatkala itu ternampak api kecil mulai marak di bahagian belakang premis berkenaan.
Sejurus itu, mereka terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan segera.
Tinjauan Utusan Borneo di tempat kejadian tengah hari semalam mendapati sepasukan anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam sisa kebakaran di dalam gudang berkenaan yang menjadi tempat penyimpanan pelbagai barangan pengguna terutama makanan dalam tin, cecair racun penyembur serangga dan racun serangga perosak.

Lesen memandu satu keperluan


Utusan Borneo

by Kepu Sidi. Posted on October 25, 2011, Tuesday



SAMBUTAN KEBUDAYAAN: Ketibaan Solah dan Michael disambut dengan persembahan kebudayaan masyarakat negeri Sarawak.


BINTANGOR:Perkembangan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Hab Halal turut memberi impak terhadap perkembangan kemudahan infrastruktur di negeri ini.
Jesteru masyarakat juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan peraturan yang berkaitan dengan perkembangan tersebut agar segala undang-undang yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.
Residen Bahagian Sarikei Michael Dawi Ali berkata, ini bukan hanya untuk memantapkan peraturan yang ada tetapi sebagai salah satu langkah untuk menjamin keselamatan mereka apabila berada di jalan raya.
“Langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menganjuran program Satu Komuniti Satu Jabatan (SKSJ) merupakan satu langkah yang amat baik dalam mewujudkan masyarakat yang berdisplin apabila berada atau menggunakan kemudahan jalan raya.
“Kita tidak mahu masyarakat khususnya yang berada di kawasan luar bandar memandang ringan terhadap keperluan memiliki lesen memandu yang sah apabila memandu kenderaan atau menunggang motosikal di jalan raya,” kata Michael.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Program SKSJ Daerah Meradong di Stadium Bola Keranjang Meradong, semalam.
Katanya, perkembangan ekonomi yang berlaku turut memberi kesan terhadap tuntutan keperluan tenaga kerja dan ini memerlukan pergerakan dari semasa ke semasa oleh para pekerja di sektor-sektor tertentu dari satu kawasan ke satu kawasan lain.
“Jadi untuk bergerak, golongan ini akan memerlukan kemudahan pengangkutan dan apabila mengendalikan kenderaan mereka seharusnya mempunyai lesen yang sah.
“Memiliki lesen yang sah di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan akan membolehkan seseorang pemandu dan penumpang sesebuah kenderaan itu dilindungi oleh insurans sedia ada,” kata Michael.
Di majlis yang sama juga, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Solah Mat Hassan dalam ucapan perasmiannya berkata, program SKSJ yang diadakan di Bintangor adalah program yang terakhirnya diadakan di sarawak pada tahun ini.
“Program ini akan diteruskan pada masa datang memandangkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan sasaran.
“Saya berharap semua peserta yang telah lulus pada program ini akan memanfaatkan sebaiknya segala pengetahuan dan kefahaman mereka apabila berada di jalan raya nanti,” kata Solah.
Katanya, ramai orang menganggap bahawa jalan lurus itu mampu mengelakkan dari peratusan kekerapan kemalangan jalan raya berlaku.
“Tetapi hasil perangkaan yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bahawa peratusan pengguna yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah lebih tinggi di jalan lurus berbanding di kawasan yang berselekoh,” kata Solah.
Ini kerana sikap pengguna itu akan lelbih lalai apabila berada di jalan lurus, berbanding mengamalkan sikap lebih berhati-hati apabila melalui jalan berselekoh, katanya.
Pada program ini seramai 463 orang dari kawasan Bintangor yang berusia 40 tahun ke atas telah memperolehi lesen memandu motosikal kelas B2 (Percubaan).

Lelaki dua hari terperangkap dalam longkang setelah terlibat kemalangan


Utusan Borneo
25 Oktober 2011



KUCHING: Seorang lelaki yang terperangkap dalam longkang selama dua hari setelah terlibat dalam kemalangan berkemungkinan besar akan menemui ajal sekiranya lambat ditemui dalam operasi mencari yang dijalankan keluarga dan sanak-saudaranya, semalam.
Ketika dijumpai, lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Batu 24, Jalan Kuching-Serian itu berada dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan agak teruk khususnya di bahagian muka.
Operasi mencari itu dimulakan setelah menyedari sesuatu tidak kena apabila mangsa yang meminta diri lebih awal ketika melawat rumah kawannya pada malam Sabtu lepas, tidak pulang ke rumah lebih 24 jam.
Setelah puas mencari di kampung-kampung berdekatan, saudara mangsa yang menjumpainya di dalam longkang segera menghubungi bapa mangsa untuk menghantarnya ke hospital.
Difahamkan kedalaman longkang itu adalah antara tiga hingga empat kaki. Bagaimanapun paras air dalam longkang itu adalah rendah.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 11 pagi untuk menerima rawatan lanjut.
Punca kemalangan tidak diketahui dan dipercayai oleh ahli keluarganya sebagai langgar lari atau kemalangan diri.



Pengguna motosikal paling berisiko


Utusan Borneo

by Kepu Sidi. Posted on October 25, 2011, Tuesday



SUDAH ADA LESEN: Solah menyempurnakan simbolik perasmian dengan menyampaikan replika lesen memandu kepada salah seorang penerima yang telah lulus program SKSJ.
Sekitar 60 hingga 65 peratus kematian kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal


BINTANGOR: Penunggang dan pembonceng motosikal, menurut perangkaan yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan penyumbang utama kadar kematian pada setiap kemalangan yang berlaku.

Sekitar 60 hingga 65 peratus kematian kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Solah Mat Hassan.
Katanya, pengukuhan kepada fakta tersebut menjadi lebih jelas apabila Ops Sikap 23 yang telah dilancarkan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lepas telah mencatatkan penunggang dan pembonceng motosikal sebagai penyumbang utama kemalangan jalan raya yang ada di negara ini.
“Perkara ini harus dipandang serius oleh semua pihak, kerana secara dasarnya ia berlaku akibat daripada sikap pemandu di samping turut dipangaruhi oleh faktor sampingan seperti keadaan motosikal.
“Salah satu contoh perkara yang dianggap remeh oleh penunggang motosikal apabila kita mengadakan sekatan ialah sering mengabaikan fungsi api bahagian belakang motosikal mereka.
“Apabila kami menyoal mereka tentang masalah tersebut… jawapan yang sering didengar ialah tidak pasti bila ia rosak atau tadi masa saya periksa ia ada… tetapi mengapa sekarang ia tiada.
“Tetapi apa yang pasti, bahawa sebenarnya penunggang motosikal itu tahu bahawa api belakang motosikalnya sudah lama tidak berfungsi, rosak atau hanya menyala secara malap sahaja dan dia berpura-pura tidak sedar,” kata Solah.
Tambahnya, pengguna seperti ini tidak tahu betapa pentingnya fungsi api belakang mereka itu berada dalam keadaan yang baik khususnya dalam menyelamatkan nyawa mereka semasa berada di jalan raya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penutupan Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ) daerah Meradong, semalam.
Majlis tersebut diadakan di Stadium Persatuan Bola Keranjang Meradong.
Menurut Solah lagi, sepanjang program SKSJ ini dilancarkan sejak tahun 1990-an, ia telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat.
“Pada 2010, seramai 12,184 peserta telah lulus mendapatkan lesen memandu motosikal B2, manakala bagi 2011 pula hingga setakat ini seramai 9,488 orang telah lulus.
“Bagi setiap negeri kami telah tetapkan program ini dijalankan sebanyak tiga kali setahun, tetapi bagi negeri Sarawak ia boleh diadakan lebih daripada tiga kali setahun dan program di Bintangor ini merupakan program yang terakhir SKSJ adakan pada tahun ini bagi negeri Sarawak,” ujar Solah.
Program ini telah berlangsung sejak Ogos lepas bermula dengan sesi ceramah dan kamudiannya diikuti oleh sesi praktikal.
Bagi SKSJ kawasan Bintangor seramai 463 orang telah mendapat lesen B2 (Percubaan) yang merupakan golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan belum pernah mempunyai atau memiliki sebarang lesen memandu sebelum ini.
Hadir sama pada majlis ini ialah Residen Bahagian Sarikei Michael Dawi Ali, Pengarah JPJ Negeri Sarawak Ibrahim Othman, Ketua Pejabat JPJ Bahagian Sarikei Shafiee Naim dan Pemangku Pegawai Daerah Meradong Kueh Lei Poh.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...