Selasa, 25 Oktober 2011

Persidangan Halal Di Istanbul,Turki


Laman Web JAKIM

Oleh: Lokman Ab.Rahman (Bahagian Kemajuan Islam, Jakim)
 



Turki adalah antara sebuah negara yang mempunyai penduduk  Islam terbesar dunia yang bukan Arab, selain Indonesia. Dasar sekular negara tidak menghalang perkembangan Islam mutakhir ini semenjak Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memegang tampok kepimpinan negara pada 2003. Walaupun agak lewat, Turki telah memperkenalkan pensijilan halal bermula di sekitar tahun 2005. Sempena perkembangan pensijilan halal ini, Persidangan Antarabangsa Produk Halal dan Kesihatan  telah diadakan pada 13-14 Oktober 2011 lalu. Persidangan ini dianjurkan oleh Persatuan Inspektor dan Pensijilan Makanan dan Pembekal, Turki (GIMDES). Beberapa tokoh akademik dan pengamal pensijilan antarabangsa dan tempatan Turki telah dijemput untuk memberi ceramah dan berdailog dengan para perserta. En. Lokman Ab.Rahman, Ketua Penolong Pengarah   mewakili JAKIM dan menyampai ceramahnya bertajuk Halal Anssurance and ”O” Defect in Halal Production.
 
Persidangan ini dihadiri oleh wakil-wakil peserta dan pembentang antarabangsa yang terdiri dari negara Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Australia, England, Jerman, Belanda dan Kanada. Perwakilan dari  Asia pula ialah dari negara China, Taiwan , Indonesia, Filipina dan Malaysia.  Kebanyakan perwakilan asing ini ialah terdiri dari badan pensijilkan  sijil halal dan pengeluar makanan Turki. Tanpa disedari, sebenarnya persidangan ini mempertemukan perwakilan masyarakat minoriti Islam yang berjuang untuk hidup di Barat dan Asia. Sekilas pandang hanya nampak pertemuan yang membincang tentang isu-isu fiqh, prosedur dan sains. Pada hakikatnya ramai yang tidak menyedari bahawa ia adalah peluang mempertautkan jaringan perniagaan dan meperluaskan peluang aktiviti ekonomi masyarakat Islam melalui perdagangan bahan mentah yang wujud di negara masing-masing.     
 
Penganjur berusaha mengadakan persidangan ini sebagaimana Malaysia berjaya mengadakan MIHAS yang diadakan serentak  dengan pameran dan promosi barangan halal antarabangsa. Namun demikian penyertaan pameran yang diadakan tidaklah begitu memberangsangkan kerana program seperti ini suatu yang baru di Turki dan ia merupakan pameran GIMDES kali keempat.  Apa yang menarik ialah pihak Turki menyedari dalam keadaan sekarang kerajaan memerlukan pasaran baru setelah negara Eropah mengalami krisis ekonomi. Negara Sepanyol dan Greece tidak lagi mampu memberi peluang pasaran terbaik kepada Turki. Malah negara Greece sendiri mengalami krisis hutang negara yang meruncing. Melalui pensijilan halal, Turki mula mengintai peluang pasaran baru di negara-negara umat Islam yang berjumlah di sekitar 1.4 bilion. 
 
Sungguhpun Turki sebuah negara yang maju dengan persenjataan dan pernah menjadi pemerintah Islam dunia pada zaman Osmaniyyah, tetapi Turki masih melihat  Malaysia sebagai sifu dalam pensijilan halal. Pensijilan halal selain mengembalikan  semula tradisi Islam masyarakat yang banyak terkesan dengan kebudayaan Arab-Islam, ia juga dilihat sebagai faktor masa depan ekonomi negara. Turki selama ini banyak begantung kepada pasaran negara-negara Eropah, terpaksa melihat jati diri lampaunya bahawa dengan Islamlah ia berjaya mengusai Eropah dan Negara-negara Arab. Di negara-negara Islamlah peluang pasaran barangan halal yang cuba ditembusi memandangkan permintaannya dan potensinya terlalu besar.   
 
Malaysia terkenal dengan pensijilan halal kerana memulakan semenjak 1974 lagi dan secara tersusunnya pada awal tahun 2000. Tetapi Malaysia hanya sebuah negara kecil terpaksa begantung bahan mentah dengan negara-negara besar di Barat dan Asia. Sejarah negaranya masih muda dan sebahagian usianya terpaksa berdepan dengan penjajah asing. Namun begitu  Malaysia terkenal dengan sistem pensijilan halal yang tersusun dan barangan halal Malaysia yang mula mendapat  tempat di kota utama negara Arab seperti Dubai. Sebaliknya Turki mempunyai segalanya, pengalaman sejarah sebagai pemerintah dunia Eropah dan Arab, tenaga mahir dalam pelbagai bidang, mempunyai pertahanan dan senjata negara yang digeruni serta bumi yang luas terbentang. Israel yang begitu angkuh dengan dunia Arab tiba-tiba menikus apabila berdepan negara Turki. Kedudukan negaranya cukup startegik yang dikelilingi negara-negara maju Eropah. Pada masa yang sama kedudukanya dengan negara-negara Arab yang kaya pula adalah tidak begitu jauh adalah boleh dikatakan ekonomik dan mempunyai talian sejarah yang begitu rapat sebelum ini.  Kita cuba bayangkan, sekiranya Turki menerajui ekonomi umat Islam dan  pengeluar barangan halal sudah tentulah negaranya akan mampu membina blok ekonomi dunia Islam dan sekaligus membela umat Islam dunia yang rata-ratanya sebagai pengguna!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...