Selasa, 25 Oktober 2011

Pengukuran Kompetensi: Antara Keluwesan dan Keseimbangan




Oleh Dr. Ismail Md. Zain

SEBAGAI sebuah negara yang sedang berkembang maju pelbagai program transformasi dilaksanakan ke arah meningkatkan lagi keberkesanan profesionalisme dan produktiviti penjawat awam.
Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di mana pendidikan merupakan antara enam bidang utama yang disasarkan akan menentukan prestasi bidang kerja dan KPI dalam sesebuah organisasi. Negara sedang menuju ke arah peningkatan pendapatan dan taraf hidup masyarakatnya yang menjadi tunjang utama dalam Model Ekonomi Baru (MEB). 
Program Transformasi Ekonomi (PTE) telah memasukan pendidikan sebagai salah satu dalam 11 bidang yang mampu merancakkan ekonomi Negara. Bersesuaianlah dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia dan hub kepada perkembangan pendidikan Rantau Asia dan juga dunia maka,   penjawat awam khususnya haruslah mempunyai nilai kecekapan  yang tinggi untuk memenuhi aspirasi tersebut ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti.
Competency measurement is critical to ensuring that all employees are competent to perform their assigned duties and responsibilities, and to meet performance standards.. Measuring competence is essential for determining the ability and readiness …….to provide quality services.”
(http://www.qaproject.org/pubs/PDFs/comptence.pdf)
 Dalam bidang pendidikan misalnya, pelbagai pelaksanaan dirangka sama ada melalui dasar,  arahan, dan prosedur kerja untuk memastikan warga pendidik memiliki tahap kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya sebagai pentadbir ataupun pendidik. Standard Guru Malaysia (SGM), (2007) merupakan contoh ciri-ciri yang harus dimiliki oleh para pendidik melalui 3 standard utama iaitu Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman, dan Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. 
Selain itu beberapa keperluan yang digubal seperti Kurikulum Standard  Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggaris kemahiran yang harus dimiliki untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Manakala Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pula menyenaraikan kriteria yang perlu ada dalam usaha menuju kecemerlangan dan pendidikan. Justeru, maklumat tentang aras kemampuan dan keperluan untuk menjalankan tugas sepertimana yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya haruslah diperoleh di mana sekali gus ia mempamerkan aras kompentasi masing-masing.
The competency study is a comprehensive data set that provides deep insights into the company culture and identifies targeted developmental needs of worker populations. As a transformational assessment tool, the study can be extremely effective in moving a company’s culture forward on the excellence continuum……
The competency assessment  process can be utilized as a one time measure of job knowledge or ongoing competency assessment program to baseline the skills across the company, or to identify specific needs within a particular group or department. Assessment of competency is a powerful addition to the full set of assessment tools used for workforce planning……
(http://www.aquariustraining.com/consultingservices/competencyassessment.html) 
Prinsip Kompetensi
Mengikut Boyatzis, 1982, kompetensi secara umum dirujukan kepada …”  a person’s underlying characteristics that are causally related to job performance . Competence is defined in the context of particular knowledge, traits, skills, and abilities….”.
Dalam hal ini Pengetahuan melibatkan pemahaman fakta dan prosedur kerja, Traits ialah ciri-ciri peribadi  seperti kawalan kendiri, keyakinan diri dsb.  Kemahiran ialah kapisiti untuk melaksanakan tindakan.  Ia melibatkan pengetahuan dan strategi yang harus digunakan untuk mengaplikasikan pengetahuan yang ada.  Manakala Kebolehan/kemampuan ialah atribut yang ada pada seseorang yang diperolehnya daripada pengalaman atau pekerjaan yang lalu untuk digunakan dalam bidang tugasnya yang baru.
Justeru definisi yang boleh diberikan terhadap istilah kompetensi ialah
 …the ability to perform a specific task in a manner that yields desirable outcomes. This definition implies the ability to apply knowledge, skills, and abilities successfully to new situations as well as to familiar tasks for which prescribed standards exist (Lane and Ross 1998).
 Keperluan dalam Penilaian Kompetensi
 Di Australia penilaian  berasaskan kompetensi telah lama dilaksanakan di kalangan pekerja. Definisi yang diberikan oleh National Training Board Australia ialah …
The concept of competency focuses on what is expected of an employee in the workplace rather than on the learning process; and embodies the ability to transfer and apply skills and knowledge to new situations and environments. This is a broad concept of competency in that all aspects of work performance, and not only narrow task skills, are included. It encompasses -
  • the requirement to perform individual tasks (task skills);
  • the requirement to manage a number of different tasks within the job (task management skills);
  • the requirement to respond to irregularities and breakdowns in routine (contingency management skills);
  • the requirement to deal with the responsibilities and expectations of work environment (job/role environment skills), including working with others
Dalam kajian literature, terdapat beberapa komponen yang perlu diberi perhatian dalam penilaian berasaskan kompetensi.

Kompetensi berasaskan nilai (Values-Based Competency)
Kompetensi berasaskan nilai adalah berdasarkan kepada “the type of company you want to be”.  Kompetensi ini lazimnya disediakan secara khusus oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau eksekutif-eksekutif terkemuka.  Dengan lain perkataan, kompetensi jenis ini memberi fokus kepada nilai peribadi seseorang.
Kompetensi Kepimpinan (Leadership Competencies)
Kompotensi kepimpinan adalah digunakan untuk menilai kebolehan dan kemahiran individu untuk menjadi pemimpin.
Ianya merupakan suatu set kompetensi yang unik yang hanya dikaitkan dengan individu yang mempunyai tahap atau potensi-potensi tertentu.  Kompetensi yang berkaitan  melibatkan

  • Pelaksanaan (Execution)
  • Kuasa (Energy)
  • Membuat keputusan strategik (Strategic decision-making)
  • Komunikasi (Communication)
Kompetensi functional (Functional Competencies)
Kompetensi functional pula dijuruskan kepada menilai sesuatu tugas dalam pekerjaan.
Kompetensi jenis ini lazimnya lebih tertumpu di peringkat jabatan memandangkan ianya lebih dipraktikkan dalam bentuk kemahiran-kemahiran khusus seperti pentadbiran pangkalan data. Selain dari itu, ianya amat sesuai diuruskan di peringkat fungsian atau kumpulan.
 Dalam profesion perguruan, Standard Guru Malaysia (SGM) telah menyenaraikan tiga standard yang harus dikuasai oleh guru.  Kesemua standard ini mempunyai kaitan dengan bidang tugas utama guru iaitu proses pembelajaran dan pengajaran.  Justeru, kemahiran pedagogi adalah amat penting untuk dikuasai oleh guru.
 Di University Oslo, pihak senat universiti telah menggariskan beberapa kriteria penting dalam proses pemilihan jawatan pegawai akademik tetap  yang meliputi tanggungjawab dalam pengajaran iaitu:

  • Training in education
  • Teaching, examination work
  • Planning, evaluation and development of one’s own teaching programme
  • Teaching materials
  • Administration of studies, work on reports
  • Reasearch, experimental and development work
  • Quality
 Dari kriteria di atas, bolehlah dibuat rumusan bahawa kompetensi yang dinilaikan lebih tertumpu pada kemajuan yang dicapai oleh guru itu sendiri, perancangan yang dibuat, strategi pedagogi yang digunakan, penyelidikan yang dilakukan, bahan pengajaran yang digunakan serta penglibatan luar bilik darjah.
 Dengan maklumat yang terdapat dalam kajian literature serta senario yang terdapat dalam sistem pendidikan masa kini, satu kerangka bidang penilaian kompetensi yang luwes dan kesamarataan harus dibentuk berdasarkan rasional seperti berikut:-

  • Kecemerlangan Pendidikan merupakan agenda utama Negara. Ia terkandung dalam 8 nilai Gagasan 1Malaysia.
  • Bidang pendidikan juga merupakan salah satu bidang yang terangkum dalam 6 Bidang  Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
  • Bidang pendidikan juga sedang menuju proses transformasi serta merupakan salah satu daripada 11 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE).
  • Program-program kecemerlangan pendidikan dilaksanakan melalui dasar-dasar pendidikan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Standard Guru Malaysia (SGM), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) serta Dasar pelaksaan program ICT.
  • Nilai dan keperibadian penjawat awam melalui dasar, pekeliling yang merangkumi aspek nilai budaya kerja.
  • Ciri-ciri pentadbiran dan kemahiran guru di Abad ke 21.

Berdasarkan keperluan kerajaan dalam memacu kemajuan negara, sistem pendidikan yang mampan dan anggota kerja yang kompetent adalah diperlukan. Justeru, penilaian kompetensi golongan pendidikan khasnya haruslah selari dengan keperluan yang terdapat dalam dasar,  program pembangunan/transformasi kerajaan.  Elemen-elemen yang terdapat di dalamnya harus diambil kira untuk dijadikan kriteria dan deskriptor dalam merangka satu bentuk penilian kompetensi yang luwes, seimbangan dan menyeluruh.
Rumusan & Penutup
Bidang profesion perguruan sesungguhnya menjadi tonggak kepada sistem pendidikan yang mampan. Memartabatkan profesion perguruan (PIPP, 2006) memberi cabaran kepada kita sejauh manakah warga pendidik dapat memainkan peranannya dalam usaha memacu kemajuan Negara. Cabaran yang paling hebat ialah usaha untuk mencari formula dan membentuk satu kerangka ke arah menilai kompetensi yang harus dimiliki, dikekal dan dibuat penambahbaikan secara berterusan ke arah mencapai kejayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...