Selasa, 25 Oktober 2011

Gangguan Seksual Menerusi Internet




PENGENALAN
Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan, kewangan dan sebagainya (President’s Working Group, 2000). Selain itu, teknologi terbaru ini sememangnya juga akan memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi .
Tidak keterlaluan jika dikatakan dunia perniagaan hari ini banyak bergantung kepada internet untuk membolehkan atau melancarkan proses urusan perniagaan harian.
Penggunaan komputer yang meluas menjadi pemangkin kepada perubahan ini khususnya dalam proses perniagaan. Namun demikian, kawalan yang kurang ketat daripada pihak atasan serta kesenangan untuk melayari internet telah membolehkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penghantaran bahan-bahan seksual dan lucah seperti gambar atau visual, teks dan sebagainya melalui internet semakin menjadi-jadi. Fenomena ini telah menyebabkan wujud apa yang dikenali sebagai gangguan seksual elektronik atau e-harassment (Towns, 2000).

Selain itu, perbuatan melayari laman web lucah juga dikatakan semakin meningkat terutamanya di kalangan remaja. Keadaan bertambah buruk apabila keupayaan setiap keluarga di Malaysia yang mampu memiliki komputer semakin bertambah sejajar dengan usaha kerajaan mewujudkan konsep ‘ Satu Keluarga Satu Komputer’ . Kawalan yang kurang daripada pihak ibu bapa telah memudaratkan lagi keadaan Sementara itu, kajian yang dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati golongan pelajar menjadikan laman web lucah sebagai tempat melepaskan tekanan ketika belajar (Salina.2001 ).



GANGGUAN SEKSUAL MENERUSI INTERNET?

Gangguan seksual menerusi internet di tempat kerja merupakan salah satu bentuk atau cabang gangguan seksual. Gangguan seksual menerusi internet secara umumnya boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:


i) gangguan seksual yang hanya berlaku di internet sahaja iaitu di alam siber.
ii) gangguan seksual di internet yang bertukar menjadi gangguan seksual di alam nyata
dan yang lebih berbentuk fizikal (Cyberangels, 1999).


Gangguan seksual menerusi internet boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya penghantaran e-mel yang tidak diingini oleh seseorang yang berbentuk mengancam dan lucah kepada seseorang lain (McGraw, 1 995). Ini merupakan gangguan seksual menerusi internet secara langsung di mana ia melibatkan sabotaj secara elektronik, iaitu menghantar mesej lucah dalam bentuk junk e-mail kepada mangsanya atau dikenali juga
sebagai spamming (Ellison & Akdeniz, 1998). Penghantaran ini biasanya dilakukan dengan menghantar mesej lucah kepada ratusan mangsa dan bukan hanya kepada seorang sahaja. Gangguan seksual menerusi internet juga boleh berlaku dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan chatting. Gangguan ini berlaku dalam keadaan penghantaran pesanan serta mesej yang berunsur seksual dan perihal aktiviti seks dengan mangsa melalui talian Internet ReZq Chat (IRC) atau Usenet (Cyberangels, 1999). Ia berlaku dalam situasi seperti seseorang bertanyakan soalan berbentuk peribadi yang menyentuh perkara sulit yang tidak sepatutnya disoal. Antaranya ialah mengenai bentuk fizikal badan ataupun kegiatan seks pasangannya (Bell, 1999). Manakala CyberstaZking pula merupakan bentuk gangguan yang tidak langsung yang merujuk kepada penggunaan internet, e-mel atau alat komunikasi elektronik lain untuk mengganggu pengguna lain secara berterusan (Hatcher, 2000).

Selain itu, melayari laman web lucah juga dikatakan salahlaku moral menerusi internet. Kemudahan melayari internet pada era teknologi sesungguhnya merupakan satu perkara yang senang. Ini berikutan tiada terdapat sebarang tapisan terhadap bahan- bahan dalam internet. Fenomena ini menyebabkan ramai remaja khususnya yang dikatakan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mencari laman-laman web seks untuk memenuhi naluri tersebut.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaan dengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan boleh memanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-mel yang lucah. Mekanisme ini termasuklah:


i) mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantar
tertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan
tertentu apabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja
rasmi .
ii) program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidak
disenangi dalam e-mel.
iii) prosedur mengaudit e-mel secara rawak.
Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan Komuni kasi 1 998'memperuntukkan :-"Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakun perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang". Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan jika seorang individu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau mengancam orang lain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l(ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 menyatakan:-


“Seseorang yang melanggar sub@) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,OOO. 00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi I tahun atau kedua-duanya dan juga bolehdidenda selanjutnya RMI, 000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit. ”

Melayari laman web lucah


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencegah gejala buruk ini berterusan. Lantaran itu, kawalan dan pemantauan haruslah ketat agar anak mereka tidak berpeluang melayari laman web seks pada ketika ibu bapa tiada di rumah. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui anak-anak. Di samping itu, kesedaran individu amat penting kerana kecenderungan melakukan perbuatan tersebut akan mempengaruhi individu untuk melakukan jenayah seksual (Kingsmill, 1997). Pegangan agama yang kuat dalam sanubari juga harus ditekankan.

KESIMPULAN


Salahlaku moral menerusi internet perlu dipandang serius oleh semua pihak. Dengan perkembangan teknologi internet yang begitu pesat, pengguna haruslah sent iasa ingat bahawa kegunaan internet untuk tujuan yang memanfaatkan dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting pengguna-pengguna internet menyemai dan memupuk kesedaran dalam diri masing-masing terhadap penggunaan internet yang betul. Sekiranya setiap pengguna mempunyai sifat sebegitu, maka salahlaku moral menerusi internet akan dapat dibendung. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan guru bolehlah juga mendidik anak-anak atau pelajar-pelajar mereka tentang etika penggunaan internet yang betul bagi membanteras perbuatan salahlaku moral menerusi internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...