Selasa, 25 Oktober 2011

SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis


The Malaysian Insider

October 25, 20






KUALA LUMPUR 25 Okt ― Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan mempamerkan senarai 40 000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini Ia akan dipamerkan bersama daftar pemilih suku ketiga tahun ini di sekitar 1 000 tempat pameran yang diwartkan dan juga menerusi laman web SPR Difahamkan kebanyakan nama itu melibatkan kawasan luar bandar Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar gambar berkata pemilih-pemilih yang terdapat dalam senarai itu boleh menghubungi suruhanjaya itu untuk mengesahkan kedudukan masing-masing “Pengesahan ini boleh dilakukan dalam tempoh satu minggu sepanjang pameran diadakan ” kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider Kata beliau jika tiada pengesahan daripada mana-mana pihak selepas pameran berakhir nama-nama yang diragui akan dikeluarkan daripada daftar pemilih induk Wan Ahmad berkata selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara JPN menunjukkan butiran terbabit adalah sahih Bagaimanapun beberapa pihak khususnya parti-parti pembangkang mendakwa daftar pemilih terdiri daripada maklumat yang meragukan Wan Ahmad menambah selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab “kami kena berlaku adil ” “JPN sudah mengatakan bahawa butiran itu sah jadi kita mengikut undang-undang sebenarnya pengesahan sudah mencukupi “Dan SPR tidak boleh dengan sewenang-wenangnya boleh mengeluarkan nama-nama yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumat pemilih terbabit ” kata Wan Ahmad lagi Ketika ditanya sama ada pemilih terbabit boleh menghubungi SPR selepas tempoh berkenaan Wan Ahmad berkata “ya boleh Tetapi mereka kena menyediakan dokumen sokongan untuk tujuan tersebut ” Baru-baru ini Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan “Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya “Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak ” katanya Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40 000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...