Selasa, 25 Oktober 2011

Lelaki dua hari terperangkap dalam longkang setelah terlibat kemalangan


Utusan Borneo
25 Oktober 2011



KUCHING: Seorang lelaki yang terperangkap dalam longkang selama dua hari setelah terlibat dalam kemalangan berkemungkinan besar akan menemui ajal sekiranya lambat ditemui dalam operasi mencari yang dijalankan keluarga dan sanak-saudaranya, semalam.
Ketika dijumpai, lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Batu 24, Jalan Kuching-Serian itu berada dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan agak teruk khususnya di bahagian muka.
Operasi mencari itu dimulakan setelah menyedari sesuatu tidak kena apabila mangsa yang meminta diri lebih awal ketika melawat rumah kawannya pada malam Sabtu lepas, tidak pulang ke rumah lebih 24 jam.
Setelah puas mencari di kampung-kampung berdekatan, saudara mangsa yang menjumpainya di dalam longkang segera menghubungi bapa mangsa untuk menghantarnya ke hospital.
Difahamkan kedalaman longkang itu adalah antara tiga hingga empat kaki. Bagaimanapun paras air dalam longkang itu adalah rendah.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 11 pagi untuk menerima rawatan lanjut.
Punca kemalangan tidak diketahui dan dipercayai oleh ahli keluarganya sebagai langgar lari atau kemalangan diri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...