Isnin, 17 Oktober 2011

Martabat Bahasa Melayu di semua sektor


Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik langkah kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan.

“Langkah ini positif demi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan meskipun agak terlambat untuk dilaksanakan,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Beliau berkata, bagi DPPM, seharusnya tindakan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan telah dilaksanakan sejak 10 hingga 15 tahun dahulu.
Sepatutnya, kata beliau kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama sehingga ke hari ini memikirkan langkah ini dan tidak perlu berkompromi dalam meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.
Menurutnya, negara-negara lain amat menyanjung tinggi bahasa kebangsaan mereka sehingga telah lama dijadikan bahasa utama perantara di negara masing-masing.
Tambahnya, negara-negara hebat dan maju seperti Jepun, China, Korea, Perancis dan lain-lainnya tidak pernah ragu dalam menjadikan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama di negara mereka.
Beliau berkata, ternyata menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dalam semua urusan mampu menaikkan semangat patriotik rakyat di samping mengangkat martabat bahasa kebangsaan ke pentas dunia.
Negara-negara itu, jelasnya membuktikan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai antara bahasa terpenting di dunia dan masyarakat dunia perlu mempelajarinya.
Katanya, selain langkah di sektor kerajaan, DPPM meminta pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dilaksanakan juga di sektor swasta.
Bagi DPPM, ujarnya kerajaan berhak mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu di sektor swasta memandangkan masih banyak sektor swasta yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.
Ia, katanya perlu diamalkan oleh semua bangsa dan kaum agar bahasa Melayu mampu dimartabatkan secara menyeluruh.
“Apa yang berlaku, masih banyak sektor swasta mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris termasuk dalam surat menyurat, mesyuarat, seminar dan aktiviti, serta dalam temuduga,” ujarnya.
Ujarnya lagi, pekerja yang bakal diambil bekerja di syarikat mereka diwajibkan mahir dalam bahasa Inggeris sebagai syarat utama.
Ini, katanya menyebabkan ramai pekerja khususnya mereka yang berbangsa Melayu gagal menepatkan diri di sektor swasta ekoran gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Akhirnya, tambah beliau DPPM benar-benar berharap pelaksanaan bahasa Melayu di kekalkan bahkan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Menurutnya lagi, jika benar rakyat cintakan negara sendiri, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan pentadbiran perlu diyakini.
Selain itu, ujarnya sektor bukan kerajaan juga perlu menyambut positif langkah itu dan mengambil langkah serupa dalam setiap urusan mereka.
“DPPM yakin jika ini berterusan, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa penting di rantau Asia malah mungkin antara bahasa terpenting dunia kelak,” katanya.

Kumpulan 'Penuhi Dataran' disuraikan polis


(Malaysia Kini)
Koh Jun Lin




Polis menyuraikan kira-kira 100 orang yang berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur - bagi menunjukkan sokongan terhadap pergerakan sedunia bagi mempromosi kebebasan bersuara dan penyertaan langsung dalam demokrasi - malam tadi.

"Kami menerokai penyertaan demokrasi melampaui pilihan raya.


"Tujuannya bagi meningkatkan penyertaan awam dalam politik dan pembuatan keputusan," kata pengarah filem bebas Fahmi Reza yang mengambil bahagian dalam acara itu.

Bagaimanapun, keputusan mereka hampir tidak bermula apabila polis memberikan arahan bersurai setelah berunding dengan kumpulan itu.Mereka bersurai dengan aman tetapi memilih berkumpul dalam kumpulan kecil dan terus berlegar-legar di sekitar kawasan itu.Asisten supretendan Karthik W yang mengetui pasukan kira-kira 15 anggota polis berkata, mereka bertindak bagi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mentadbir kawasan itu."Terdapat undang-undang dan peraturan di Dataran Merdeka. Tidak semua acara boleh dilakukan di sini," kata Karthik.Dalam masa yang sama, orang ramai terus sedang menononton perlawanan bola sepak di layar besar yang disediakan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Polis kumpul maklumat tembakan rambang di kawasan perumahan




KOTA KINABALU: Polis Bandaraya Kota Kinabalu sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian tembakan rambang yang berlaku awal pagi semalam di sebuah kawasan perumahan di sini.
Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis menerima panggilan kira-kira jam 5.30 pagi mengenai bunyi tembakan yang berlaku di Jalan Kebajikan.
“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan mendapati kesan tembakan pada dinding beberapa rumah dan menemui beberapa kelongsong peluru.
“Setakat ini kita sedang mengenal pasti motif kejadian tersebut dan akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1990,” katanya. — Bernama

Inovatif promosi pelancongan


Utusan Borneo
by Sandy Mark Luna
LANCAR: Abang Johari menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran Kelab Percutian
 Easturia di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Talib (kanan).



KUCHING: Cabaran yang dihadapi industri pelanco-ngan negeri menuntut para penggiatnya untuk lebih inovatif dalam mempromosikan sektor itu agar mampu merealisasikan matlamat menjadikan Sarawak destinasi utama pelancongan di rantau ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, penggiat pelancongan di negeri ini     perlu terus meningkat dan memantapkan produk dan perkhidmatan sedia ada agar dapat menandingi persaingan sengit dari destinasi-destinasi pelancongan lain.
“Walaupun industri pelancongan dijangka kekal berdaya tahan, namun masih ada keperluan untuk penggiat pelancongan sektor awam dan swasta menggembleng tenaga agar lebih inovatif mencipta cara-cara mempromosikan negeri ini.
“Ini kerana kita mahu Sarawak menjadi pilihan utama kepada pelancong… apabila sebut sahaja Borneo atau Malaysia, mereka secara automatiknya akan teringatkan Sarawak,” katanya ketika berucap melancarkan Kelab Percutian Easturia di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip.
Abang Johari berkata, untuk tujuan itu, Sarawak juga perlu menerokai bidang-bidang pelancongan yang ber-potensi bagi memperkasakan tarikan pelancong ke negeri ini.
Menurutnya, prospek industri ‘timeshare’ juga kekal positif dan berpotensi untuk tumbuh pada kadar yang menggalakkan pada masa depan.
Sementara itu, beliau mengalu-alukan inisiatif Perbadanan Pembangunan Eko-nomi Sarawak (SEDC) atas penglibatannya dalam in-    dustri ‘timeshare’ yang mana akan memantapkan pemba-ngunan industri pelancongan negeri ini.
Beliau bangga SEDC meng-ambil inisiatif global yang     bijak menerusi anak syarikatnya, Sara Worldwide Vacation Berhad dengan kerjasama Resorts Condominiums International (RCI) memandangkan jualan tahunan industri ‘timeshare’ negara bernilai RM100 juta.
“Dengan ini, pelancong dan kelab pelancongan dari lebih 100 buah negara seluruh du-nia mendapat akses segera  terhadap apa yang Sarawak tawarkan kepada pengunjungnya.
“Ini merupakan kaedah yang inovatif dalam me-      masarkan Sarawak sebagai destinasi percutian sekali gus menempatkan Sarawak di   peta pelancongan dunia dan meraih urus niaga ulangan daripada pelawat asing dalam jangka masa panjang,” kata-nya.
Sementara itu, Pengarah Jualan Sara Worldwide Vacation, Gary Cha ketika ditemui semalam berkata, pelancaran Kelab Percutian Easturia akan membantu memartabatkan portfolio pelancongan negeri ke tahap yang lebih tinggi.
Menurutnya, kelab itu bergabung dengan RCI, yang merupakan syarikat pertukaran global terbesar dengan rangkaian pertukaran yang merangkumi lebih 4,000 pusat peranginan di lebih 100 buah negara.
“Menerusi kerjasama ini, ahli kelab berpeluang bertukar keistimewaan dengan pelbagai pusat peranginan di seluruh dunia,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, ahli kelab tempatan boleh bercuti di mana-mana rangkaiannya iaitu seperti di Sarawak, pihaknya menawarkan Hotel Grand Margherita dan Damai Beach Resort selain Birch  Plaza Apartment di Pulau Pinang.
Bagi yang ingin bercuti di luar negara, mereka hanya perlu membayar yuran pertukaran kira-kira RM954 sahaja.
“Kita juga bercadang untuk memperluaskan rangkaian destinasi di negara ini pada masa depan,” katanya.
Menurutnya lagi, kelab itu merupakan produk ‘timeshare’ terbaru bagi syarikat yang telah berkecimpung dalam industri pemilikan percutian sejak 15 tahun lepas.
Katanya, program keahlian dengan tempoh 30 tahun ini menyediakan percutian yang menarik kepada semua ahli-ahlinya.
Bayaran yang dikenakan untuk keahlian selama 30 tahun itu bermula serendah RM11,000 hingga RM23,000.
Untuk keterangan lanjut, sila e-mel ke enquiry@ easturia.com.my atau hubu-ngi 082-238007.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...