Utusan Borneo
by Sandy Mark Luna
LANCAR: Abang Johari menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran Kelab Percutian Easturia di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Talib (kanan). |
KUCHING: Cabaran yang dihadapi industri pelanco-ngan negeri menuntut para penggiatnya untuk lebih inovatif dalam mempromosikan sektor itu agar mampu merealisasikan matlamat menjadikan Sarawak destinasi utama pelancongan di rantau ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, penggiat pelancongan di negeri ini perlu terus meningkat dan memantapkan produk dan perkhidmatan sedia ada agar dapat menandingi persaingan sengit dari destinasi-destinasi pelancongan lain.
“Walaupun industri pelancongan dijangka kekal berdaya tahan, namun masih ada keperluan untuk penggiat pelancongan sektor awam dan swasta menggembleng tenaga agar lebih inovatif mencipta cara-cara mempromosikan negeri ini.
“Ini kerana kita mahu Sarawak menjadi pilihan utama kepada pelancong… apabila sebut sahaja Borneo atau Malaysia, mereka secara automatiknya akan teringatkan Sarawak,” katanya ketika berucap melancarkan Kelab Percutian Easturia di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip.
Abang Johari berkata, untuk tujuan itu, Sarawak juga perlu menerokai bidang-bidang pelancongan yang ber-potensi bagi memperkasakan tarikan pelancong ke negeri ini.
Menurutnya, prospek industri ‘timeshare’ juga kekal positif dan berpotensi untuk tumbuh pada kadar yang menggalakkan pada masa depan.
Sementara itu, beliau mengalu-alukan inisiatif Perbadanan Pembangunan Eko-nomi Sarawak (SEDC) atas penglibatannya dalam in- dustri ‘timeshare’ yang mana akan memantapkan pemba-ngunan industri pelancongan negeri ini.
Beliau bangga SEDC meng-ambil inisiatif global yang bijak menerusi anak syarikatnya, Sara Worldwide Vacation Berhad dengan kerjasama Resorts Condominiums International (RCI) memandangkan jualan tahunan industri ‘timeshare’ negara bernilai RM100 juta.
“Dengan ini, pelancong dan kelab pelancongan dari lebih 100 buah negara seluruh du-nia mendapat akses segera terhadap apa yang Sarawak tawarkan kepada pengunjungnya.
“Ini merupakan kaedah yang inovatif dalam me- masarkan Sarawak sebagai destinasi percutian sekali gus menempatkan Sarawak di peta pelancongan dunia dan meraih urus niaga ulangan daripada pelawat asing dalam jangka masa panjang,” kata-nya.
Sementara itu, Pengarah Jualan Sara Worldwide Vacation, Gary Cha ketika ditemui semalam berkata, pelancaran Kelab Percutian Easturia akan membantu memartabatkan portfolio pelancongan negeri ke tahap yang lebih tinggi.
Menurutnya, kelab itu bergabung dengan RCI, yang merupakan syarikat pertukaran global terbesar dengan rangkaian pertukaran yang merangkumi lebih 4,000 pusat peranginan di lebih 100 buah negara.
“Menerusi kerjasama ini, ahli kelab berpeluang bertukar keistimewaan dengan pelbagai pusat peranginan di seluruh dunia,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, ahli kelab tempatan boleh bercuti di mana-mana rangkaiannya iaitu seperti di Sarawak, pihaknya menawarkan Hotel Grand Margherita dan Damai Beach Resort selain Birch Plaza Apartment di Pulau Pinang.
Bagi yang ingin bercuti di luar negara, mereka hanya perlu membayar yuran pertukaran kira-kira RM954 sahaja.
“Kita juga bercadang untuk memperluaskan rangkaian destinasi di negara ini pada masa depan,” katanya.
Menurutnya lagi, kelab itu merupakan produk ‘timeshare’ terbaru bagi syarikat yang telah berkecimpung dalam industri pemilikan percutian sejak 15 tahun lepas.
Katanya, program keahlian dengan tempoh 30 tahun ini menyediakan percutian yang menarik kepada semua ahli-ahlinya.
Bayaran yang dikenakan untuk keahlian selama 30 tahun itu bermula serendah RM11,000 hingga RM23,000.
Untuk keterangan lanjut, sila e-mel ke enquiry@ easturia.com.my atau hubu-ngi 082-238007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan