Sumber: Laman WEB AADK
Oleh:Mohd Nizam Bin Musa
Kota Bharu, 13 Oktober – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Pencegahan Jenayah dan Hari Kesedaran Jenayah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2011 bertempat di Dewan Kompleks, Yayasan Kemiskinan Kelantan pada 8 Oktober yang lalu. Pelancaran sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibupejabat dan Klinik Cure & Care 1 Malaysia Kota Bharu terlibat secara langsung pada hari tersebut dengan mengadakan pameran ANTIDADAH. Selain itu juga kakitangan AADK Daerah Kota Bharu, AADK Daerah Bachok, AADK Daerah Tumpat, AADK Daerah Pasir Mas dan AADK Daerah Pasir Puteh turut hadir bagi menjayakan perhimpunan belia yang mensasarkan kehadiran seramai 2000 orang pada program tersebut. Program pada hari tersebut diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kakitangan dan residen Klinik Cure & Care 1 Malaysia Kota Bharu. Agensi penguatkuasaan lain juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam mengadakan pameran bagi Pelancaran Sambutan Bulan Pencegahan Jenayah dan Hari Kesedaran Jenayah. Pameran yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang itu telah menarik minat seramai 1200 orang pengunjung ke Bas Pameran AADK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan