Sumber:
Laman Web JAKIM
Ucapan perasmian penutup oleh Y.Bhg. Us Hamdi bin Haya; Pen.Pengarah Caw. Dakwah Khas, Bahagian Dakwah |
“Kalau Adak Jarum Patah, Pahau De Simpan Dalam Petik, Kalau Adak Silap Dan Salah, Pahau De Simpan Dalam Hatik ”( Kalau ada Jarum Yang Patah ,Jangan Disimpan Dalam Peti, Kalau Ada Silap dan Salah, Jangan Disimpan Dalam Hati ).Peribahasa Melayu yang diolah dalam Bahasa Orang Asli Temuan ini adalah antara kata-kata perpisahan penduduk Orang Asli ketika urusetia bersiap-siap untuk berangkat pulang.Pihak Urusetia mendapat kerjasama yang baik samada penduduk yang Islam dan Bukan Islam serta bergotong-royong bersama-sama bagi melancarkan Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Gombak yang diadakan di Kg. Orang Asli Sg. Buloh, Gombak, Selangor pada 07-09 Oktober 2011.
Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Cawangan Dakwah Khas, JAKIM dan turut mendapat kerjasama dari Unit Pembangunan Insan, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak,Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ),Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Gombak.Program ini merupakan ziarah susulan rentetan ziarah Dakwah Bil-Hal yang telah diadakan pada tahun lepas.Antara aktiviti yang dijalankan adalah ziarah ke rumah penduduk, sukaneka bersama penduduk kampung, praktikal penyembelihan ayam dan gerak gempur penerangan Agama Islam kepada Penduduk Orang Asli yang bukan Islam.
Orang Asli diajar cara penyembelihan ayam secara Islam
oleh Y.Bhg. Us Shahdan bin Idrus;
Pegawai Unit R&D Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS )
Semoga dengan program yang telah dijalankan mendapat rahmat dan berkat dari Allah serta berharap agar segelintir penduduk bukan Islam di Kg. Orang Asli Sg. Buloh ini dibukakan hati mereka mendapat hidayah menerima Agama Allah yang Esa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan