Ahad, 16 Oktober 2011

Kabinet bincang cara bayaran khas RM500 minggu depan




KUALA LUMPUR 15 Okt – Arahan lebih jelas bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3 000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon gambar berkata terdapat banyak pertanyaan daripada orang ramai mengenai perkara itu dan ia perlu diselesaikan segera sebelum menjadi kontroversi Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini “Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka ” katanya yang juga Presiden Gerakan kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di sini hari ini Dipetik Bernama Online Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet itu “Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja apa gajinya jadi jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip “Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya ” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...