Ahad, 16 Oktober 2011

Muhyiddin: Biar Majlis Agama Islam negeri bincang syor Akta Murtad




PORT DICKSON 15 Okt – Cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri “Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama kalau tidak akan timbul masalah Yang saya tahu di setengah-setengah negeri sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka ” katanya kepada pemberita selepas majlis sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya Dipetik Bernama Online beliau berkata sekiranya kesepakatan dicapai penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara Akta Murtad dicadangkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harunussaini Zakaria baru-baru ini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Harussani berkata pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260 000 orang Melayu dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun Sementara itu Muhyiddin juga diminta mengulas mengenai isu pembantu rumah yang masih belum dapat diselesaikan sehingga timbul cadangan untuk membawa masuk pembantu rumah dari Kemboja Kemboja bagaimanapun membuat keputusan untuk mengharamkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia ekoran beberapa kejadian rogol dan dera Muhyiddin berkata Malaysia mungkin terpaksa mencari sumber-sumber baru untuk mendapatkan pembantu rumah sekiranya kerajaan Kemboja mengeluarkan larangan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...