Sumber:
Laman WEB AADK
Oleh : Erni Haryiani bt Abu Bakar
Perlis, 13 Oktober: AADK Daerah Perlis Utara telah menganjurkan Program Terapi Perkahwinan dan ceramah kesihatan bertempat di Rumah Komuniti Taman Emas, Beseri Perlis pada 11 Oktober yang lalu. Ceramah Kesihatan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu telah disampaikan oleh pegawai dan jururawat daripada Lembaga Penduduk Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis. Ia turut disambut baik oleh masyarakat setempat dengan penglibat komuniti di taman tersebut selain daripada warga kerja AADK Daerah Perlis Utara, Unit Antidadah Sempadan (UAS) serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) daripada CCSC Kangar.
Antara objektif program ini ialah untuk memberi pendidikan dan perkongsian ilmu dalam melayari alam rumahtangga. Peserta juga diberi pendedahan teknik untuk menangani konflik dan juga penerangan tentang penyakit-penyakit utama masa kini seperti kanser payudara, kenser serviks dan juga kenser prostat. Dengan adanya program sebegini ia dapat memberi informasi dan input yang berguna kepada warga kerja AADK dan komuniti Taman Emas dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga. Program Terapi Perkahwinan pula amat berguna untuk menangani isu rumah tangga yang dihadapi dalam dunia globalisasi pada masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan