Khamis, 13 Oktober 2011

Membentuk Tabiat Remaja Cemerlang "UNTUK MENJADI REMAJA CEMERLANG, ANDA PERLU TAHU APA DAN MENGAPA ANDA HARUS CEMERLANG".





Oleh: Esa b. Abd Samad
Portal Pendidikan Utusan
PADA suatu ketika, seorang guru telah membawa sekumpulan remaja yarig merupakan anak-anak muridnya ke sebuah hutan lipur. Remaja itu agak liar dan sering kali melanggar peraturan. Guru itu telah memberi tugasan kepada remaja itu semasa mereka mengembara di dalam hutan. Mula-mula, guru tersebut meminta mereka mencabut anak-anak pokok yang setinggi lutut. Tanpa banyak soal, para remaja itu mencabut dengan mudah anak-anak pokok itu. Kemudian, apabila sampai lebih jauh ke dalam hutan, guru itu meminta pula mereka mencabut anak-anak pokok setinggi paras bahu mereka. Kali ini remaja-remaja berkenaan mula mengeluh. Ah! Susahnya, kata mereka, Namun, selepas bersusah-payah dan saling membantu, mereka berjayajuga mencabut pokok-pokok kecil itu. Akhirnya, tibalah mereka ke kawasan hutan yang paling dalam dan dipenuhi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Guru itu meminta pula mereka mencabut pokok-pokok sebesar sepemeluk atau lebih besar daripada itu. Kali ini o . mereka menggeleng kepala tanda tidak sanggup lagi untuk mencabut pokok sebesar itu! ^ Cerita di atas memaparkan usaha seorang guru untuk menyedarkan anak-anak muridnya tentang TABIAT. Tabiat adalah sesuatu kebiasaan yang kita lakukan dan bermula dengan perlakuan 'kecil-kecilan', hinggalah menjadi amat lumrah dalam hidup kita, Contohnya, seorang remaja yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah mungkin bermula dengan menghisap sebatang rokok. Mula-mula sebatang rokok, kemudian menjadi sekotak, dan lama-kelamaan sekartun sehari. Dalam cerita di atas, guru itu ingin menekankan betapa pada peringkat awal, tabiat mungkin mudah diubah, dilentur, namun lama-kelamaan apabila telah sebati, tabiat sukar hendak diperbaiki lagi. Begitulah juga jika anda ingin menjadi seorang remaja yang cemerlang. Mulakan usaha secara kecil-kecilan, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga, hingga akhirnya anda menuju ke puncak. Aristotle, seorang ahli falsafah terkemuka mengatakan, 'kita menjadi apa yang selalu kita lakukan. Maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan, tetapi suatu tabiat.' Stephen R Covey (1997) mentakrifkan tabiat sebagai persilangan pengetahuan, kemahiran, dan keinginan. Pengetahuan merujuk kepada paradigma teori; apa yang perlu dibuat dan mengapa. Kemahiran ialah cara membuat. Keinginan merujuk kepada motivasi dan kemahuan membuat. Katakan seorang remaja ingin menjadi pelajar cemerlang. Dia mungkin masih belum mampu menerjah kecemerlangan kerana kurang memberi tumpuan di kelas, malas hendak mengulang kaji, sering kali tidur, dan berfoya-foya. Dia mungkin mendapat kesedaran selepas mengikuti program motivasi, atau menghadiri kaunseling yang berterusan. Namun, kesedaran tentang kepentingan belajar dan, tahu tentang teknik belajar, ini belum mencukupi untuknya menerjah kecemerlangan. Dia hanya akan berjaya apabila mempunyai keinginan dan momentum sikap untuk berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang. Pembentukan tabiat memerlukan dukungan ketiga-tiga elemen ini. Untuk menjadi remaja cemerlang, anda perlu tahu apa dan mengapa anda harus cemerlang? Anda kemudian perlukan bimbingan dari segi kemahiran bagaimana hendak cemerlang? Lonjakan ke arah pembentukan tabiat akan berlaku apabila melonjaknya keinginan, kemasyhuran, dan keghairahan anda untuk cemerlang. Menggarap Pengetahuan dan Keinginan Langkah pertama, untuk menjadi remaja cemerlang ialah menggarap pengetahuan dan keinginan secara bersama. Anda perlu tahu apakah kecemerlangan, mengapakah anda harus cemerlang, seterusnya anda perlu mencipta keghairahan, dan semangat untuk menjadi cemerlang. Mengapakah negara melahirkan insan-insan cemerlang seperti Nicol David, Nur Amalina, dan Datin Paduka Dr Sharifah Mazlina, yang masing-masing berjaya mengharumkan negara dalam bidang sukan dan akademik? Jawapannya, ialah mereka semua berjaya menggarap pengetahuan dan keinginan untuk cemerlang. Contohnya Nur Amalina mendapat tahu tentang kejayaan seorang pelajar, Yap Sui Lin menggondol rekod pelajar cemerlang iaitu meraih 16 A dalam SPM. Sebagai pelajar yang sudahpun berada di barisan hadapan, Amalina tercabar untuk memecahkan rekod 16 A dengan meraih 17 A. Jika anda ingin mengikut jejak langkah mereka, mulakan dengan bermuhasabah diri terlebih dahulu: o Mengapakah aku datang ke sekolah pada setiap hari? o Apakah sebenarnya yang ingin aku capai dalam hidupku? o Betulkah setiap langkah perbuatan yang kulakukan ini? Jika sukar menjawabnya rujuklah kepada orang yang tahu. Guru di sekolah ada, ibu bapa ada, rakan-taulan ada, atau ikuti program motivasi, dan sebagainya. Satu ketika saya pernah berkawan dan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang mengamalkan cara hidup rockers sewaktu remaja; memakai sapu tangan key, memakai jaket rugged, menyimpan rambut panjang, dan sebagainya. Namun pada suatu hari, saya menyoal diri sendiri; apakah sebenarnya yang saya lakukan? BetuI ke apa-apa yang saya buat selama ini? Selepas bermuhasabah dan berjumpa dengan pakar-pakar agama, saya akhirnya meninggalkan tabiat tersebut dan memulakan tabiat baharu sebagai remaja soleh. Menggarap Kemahiran Langkah seterusnya ialah menggarap kemahiran. Setelah anda menyuntik kesedaran dalam diri, membina semangat dan ilmu untuk menerjah kemajuan, anda perlu menggarap kemahiran. Misalnya, jika ingin menjadi pelajar cemerlang, tidak cukup sekadar menghadiri program motivasi ataupun menitiskan air mata kesedaran.

Sijil anda hilang? Bagaimana memohon salinan sijil?


Sumber: Portal Pendidikan Utusan/ADAP


PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN

  • Sijil (SPM/MCE) atau pernyataan asal (PMR/SRP/LCE) hanya dicetak sekali sahaja bagi peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.  Salinan keputusan SPM / MCEdikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.  Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
  • Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.  Walau bagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri.  Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti. 
  • Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:  
    • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
    • Nombor kad pengenalan lama dan baru
    • Tarikh lahir
    • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliran
    • Nama peperiksaan
    • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
  • Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.  
  • Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. 
  • Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar.  Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
> Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 0388843526 / 0388843528
Muat Turun Borang Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan > KLIK DI SINI

SPR siar nama 40,000 pengundi diragui



THE MALAYSIAN INSIDER


SHAH ALAM 13 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan mempamerkan senarai 40 000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan “Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di sini hari ini Dipetik Bernama Online Aziz gambar menyifatkan sebagai kecil bilangan 40 000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian katanya Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap “Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50 ” katanya Aziz berkata mengikut ramalan SPR pilihan raya umum ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa “Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara Dalam dua pertembungan ini kita ramalkan pilihan raya umum ke-13 akan jalan rancak dan sengit ” katanya Mengenai taklimat hari ini Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya umum ke-13 Taklimat hari ini yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna “pilihan raya umum ke-13 terlalu hampir” Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160 000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150 000 pada pilihan raya umum lepas.


Bob Lokman lebih rela ditangkap Jais dari ‘serah kalah’


The Malaysian Insider

October 13, 2011


KUALA LUMPUR 13 Okt — Penulis lirik pelakon dan pengacara terkenal Bob Lokman hari ini menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor Jais untuk memberi keterangan sebaliknya “lebih rela ditangkap” selepas ditahan Isnin lalu kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN “Kalau nak tangkap saya tangkaplah nak heret sekalipun tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka ” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya “Sepatutnya pagi tadi semalam dia hadir ke pejabat Jais tetapi dia gagal berbuat demikian “Dia Bob Lokman berdegil datang Jais akan memohon waran tangkap ” katanya Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui Hulu Langat Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3 000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan ” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor ” Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu boleh didenda tidak lebih RM3 000 atau penjara tidak lebih dua tahun Pada 19 Februari lalu Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS Bob Lokman menambah dengan pergi ke pejabat Jais perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus “Ini soal akidah prinsip dan kepercayaan saya yakin dengan perjuangan saya Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam ” kata beliau Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini “Saya yakin kepada agama kepada al-Quran sekiranya saya tidak menentang mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju tak apa saya yakin dengan kepercayaan saya ” tegasnya Menurut Bob Lokman lagi dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai ‘wakil’ Umno yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik “Saya bukan nak masuk politik atau jadi wakil rakyat saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini mengaku kenal Allah kenal Islam tapi sebenarnya Islam pada nama pada Melayu sahaja ” katanya lagi “Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka tapi saya hanya bercerita soal akidah berdakwah di jalan Allah saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul ” katanya lagi.

Senarai penerima dalam e-Kasih tidak komprehensif



by Jeremy Lanson. Posted on October 12, 2011, Wednesday
The Borneo Post



PELANCARAN: Fatimah (tiga kiri) menunjukkan logo ‘5s’ JKM. Turut kelihatan (dari kanan) Noriah dan Robert.

Ramai rakyat miskin belum didaftarkan dalam senarai tersebut

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyifatkan senarai orang miskin yang didaftarkan dalam e-Kasih tidak komprehensif.
Menurutnya, masih ramai lagi rakyat yang miskin belum didaftarkan dalam senarai tersebut dan dilihat perlu diambil perhatian segera.
“Saya merasakan senarai orang miskin yang didaftarkan dalam e-Kasih belum cukup menyeluruh.
“Sebagai contoh di Dalat, hanya ada 200 sahaja yang didaftarkan dan ini tidak logik kerana apabila saya pergi ke kawasan, saya tahu bilangan sebenarnya,” katanya.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyokong sepenuhnya pelantikan 106 orang pembanci oleh Jabatan Pembangunan Negeri untuk menjalankan proses pendaftaran e-Kasih di seluruh negeri.
“Usaha ini membolehkan rakyat yang miskin yang belum didaftarkan akan didaftarkan kerana hasrat kerajaan adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan.
“Oleh itu melalui proses pembancian selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember ini, diharap akan dapat memperolehi maklumat yang tepat dan lengkap,” katanya.
Fatimah menambah, 106 pembanci itu terdiri daripada anak tempatan dari setiap kawasan itu sendiri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘5S’ Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Kebajikan di sini semalam.
Selain itu, Fatimah turut memberitahu bahawa kerajaan kini sedang giat menjalankan proses ‘pemutihan’ ke atas senarai e-Kasih yang lama.
“Dalam senarai pertama, saya dapati ada individu yang tidak sepatutnya dimasukkan dalam daftar orang miskin turut tersenarai menyebabkan wujud ketidakpuasan hati di kalangan rakyat yang sepatutnya menerima bantuan.
“Disebabkan itu, kerajaaan kini akan menjalankan proses pemutihan ke atas senarai lama,” katanya.
Sementara itu, beliau dalam ucapannya pada majlis tersebut memberitahu, seramai 43,881 orang penduduk miskin telah menerima bantuan daripada JKM sejak awal tahun ini.
“Jumlah penerima paling ramai ialah di Sibu diikuti Bintulu dan bilangan bantuan paling banyak adalah untuk warga tua berjumlah 14,438 orang,” katanya.
Hadir sama Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Pengarah JKM Noriah Ahmad.

Pelajar perempuan dilaporkan hilang selepas ke sekolah





KANGAR: Seorang pelajar perempuan yang berbasikal ke sekolah pagi semalam dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.
Bagaimanapun Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, yang menetap di Taman Bukit Kayangan dekat sini dikatakan tidak berada di sekolahnya semalam dan basikalnya ditemui di sebuah kawasan perumahan berhampiran. 

Bapanya, Mohd Sabri Samat, 35, yang ditemui di sini berkata, beliau menunggu anak sulungnya di lokasi basikal ditemui sehingga petang semalam namun kelibat anaknya tidak kelihatan. 

Eksekutif produksi sebuah syarikat menjahit pakaian itu berkata, beliau telah membuat laporan polis awal hari ini.



Pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Putra itu dikatakan mempunyai sejumlah besar sahabat dalam laman sosial facebook.

Mohd Sabri tidak menolak kemungkinan anaknya ke Pulau Pinang kerana mempunyai ramai kawan di negeri itu apatah lagi sebelum ini mereka sekeluarga menetap di sana. - Bernama

820,156 pemilih baru pada 2010


Hazayani Zakaria
Harakahdaily.net 





KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Rakyat diberitahu seramai 820,156 orang mendaftar sebagai pemilih baru bagi tahun 2010 berbanding 276,621 pada tahun 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.

"Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir," katanya yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.

Menjawab soalan Chin Tong mengenai bilangan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yabg ditugaskan di seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru, beliau memberitahu SPR mempunyai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap.

Di samping itu, sehingga Ogos 2011, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada 2,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan, 779 wakil pertubuhan dan 259 wakil universiti.

Ianya  untuk membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

"Pelantikan ini adalah bagi tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada pada bila-bila masa bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan SPR," katanya.

Sementara itu, peruntukan yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran pemilih berjumlah RM500,000.

Manakala tempoh bagi satu-satu permohonan yang diterima oleh SPR sama ada untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau pun memohon pertukaran alamat pusat mengundi, ia diproses dan diperakui mengikut tempoh suku tahun yang lazimnya mengambil tempoh masa antara tiga hingga lima bulan seperti berikut:

Suku Tahun Pertama (pendaftaran yang diterima dalam bulan Januari hingga Mac), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Mei.

Suku tahun Kedua (pendaftran yang diterima dalam bulan April hingga Jun), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Ogos.

Suku Tahun Ketiga (pendaftaran yang diterima dalam bulan Julai hingga September), pengesahannya dijangkakan dalam bulan November

Suku Tahun Keempat (pendaftaran yang diterima dalam bulan Oktober hingga Disember), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Februari tahun yang berikutnya.

Kompas: Kerajaan digesa bertindak tegas


Muhammad Faizal
Harakahdaily.net



KUALA LUMPUR, 13 Okt: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub(gambar) mendesak kerajaan Malaysia memandang serius serta mengambil tindakan tegas terhadap akhbar talian Kompas di Indonesia yang melaporkan wujud unsur rasuah serta mengamalkan sikap double standard dalam isu membanteras pendatang asing.
"Kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar talian Kompas milik Indonesia itu perlu dipandang serius dan ia tidak boleh diperkecilkan.

"Kerajaan perlu bertindak segera malah bersikap tegas bagi memulihkan kembali imej Malaysia dan kita tidak mahu seluruh dunia memandang serong dengan pentadbiran negara ini," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Tambahnya lagi, isu yang dinyatakan itu ada benarnya apabila melihat hukuman yang dikenakan hanya melibatkan pendatang asing sedangkan mereka yang menjadi dalang masih terlepas tanpa sebarang tindakan.Beliau juga memberitahu akibat dari sikap yang memilih individu tertentu untuk dihukum akan menyebabkan bukan sahaja masalah memperdagangkan orang semakin bertambah malah kemasukan dadah di negara ini juga meningkat.
"Sebarang tindakan undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan perlu menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang bersalah seperti pendatang asing, kita mahu mereka yang menjadi perancang kepada kemasukan pendatng asing ini dihukum sewajarnya.

"Jika mereka yang melakukan kesalahan ini sering mendapat perlindungan dari pihak tertentu sehingga terlepas tindakan undang-undang, saya pasti bukan sahaja isu pendatang asing malah kemasukan dadah di negara ini meningkat," tambahnya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu beliau menyatakan kebimbangan terhadap sikap memberi perlindungan kerana ianya akan diambil alih oleh sindiket dadah.
"Kita melihat berlakunya tangkapa-tangkapan dilakukan terhadap penagih dadah tetapi jarang sekali kita dengar mereka yang menyeludup dadah ditangkap serta dikenakan tindakan.
"Kerajaan perlu tegas bertindak segera dan jangan ingat apa yang dilaporkan itu hanya isu yang kecil, imej negara perlu dibersihkan.
"Sikap pejam mata atau melepaskan agen kepada sindiket tertentu walaupun tangkapan dibuat menyebabkan jenayah dalam negara ini semakin tinggi," sambungnya lagi.
Sebelum itu satu laporan Kompas.com semalam yang menyatakan kerajaan di negara ini mengamalkan sikap 'double standard' yang hanya menjatuhkan hukuman kepada warga asing tetapi tidak kepada warga negara ini yang terlibat dalam kemasukan warga asing.
Selain itu juga laporan tersebut menyatakan seramai empat belas ribu rakyatnya dihukum manakala tidak sampai seratus orang majikan atau agen negara ini dikenakan tindakan. 

Dana RM2j bagi galak terbit buku ilmiah bahasa Melayu




Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana berjumlah RM2 juta mulai tahun depan.

Dana berkenaan bertujuan menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, setiap penulis yang menghasilkan buku tersebut yang akan diterbitkan DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain bayaran royalti yang biasa diterima."Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan menentukan karya-karya yang layak diterbitkan berdasarkan menuskrip yang dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis yang berjaya,” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Melaka hari ini.

Muhyiddin berkata, penubuhan dana tersebut merupakan antara langkah kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.


Beliau berkata, pada masa kini, jumlah buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu amat sedikit iaitu daripada hampir 15,700 judul buku yang diterbitkan di negara ini, hanya terdapat kira-kira 3,900 judul buku dalam kedua-dua bidang itu."Kita memahami bahawa penerbitan dalam bahasa Inggeris adalah penting  untuk meningkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa, tetapi ini tidak bermakna kita harus meminggirkan penerbitan karya-karya dalam bahasa Melayu," katanya.

Muhyiddin juga berkata fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khususnya dalam pentadbiran dan urusan rasmi kerajaan akan dimantapkan berikutan persetujuan Kabinet supaya semua penjawat awam diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi.

"Untuk memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya.

Beliau berkata pengkuatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam juga perlu diberikan perhatian utama oleh pihak berkuasa tempatan.

Syarikat berkaitan kerajaan juga perlu turut sama menyebarluaskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam organisasi masing-masing manakala anggota masyarakat juga perlu sentiasa bersikap positif terhadap bahasa kebangsaan, katanya.

Muhyiddin berkata sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian  daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini.

Beliau berkata sejak bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan termasuk di peringkat universiti, maka berbondong-bondong pelajar dari seluruh pelusuk negara berjaya memasuki universiti.

"Mereka ini kemudiannya menjadi generasi awal rakyat tempatan yang mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor profesional. Dengan mendapat peluang pendidikan yang berkualiti dalam bahasa kebangsaan, anak-anak bangsa kita telah berjaya memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara yang pesat," katanya.

Beliau berkata pemeluasan kelas menengah secara besar-besaran dan kemajuan pesat negara dicapai selepas bahasa kebangsaan menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara, dan ini menjadi bukti kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

"Janganlah kerana ketaksuban kita kepada bahasa asing menyebabkan kita mempunyai pandangan yang juling terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri," katanya.

Pada majlis tersebut, Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing, Profesor Wu Zongyu dinobatkan sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.

Wu, 72, menerima RM50,000, buku terbitan DPB dan Watikah Penghargaan Negara.

- Bernama

Mengapa Eksekutif Muda Suka Berhutang?





Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):

Gaji: RM2,000 sebulan

Perbelanjaan:
  • Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
  • Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
  • Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
  • Makan dan minum RM500
  • Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
  • Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
  • Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
  • Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
  • Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
  • Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)

    Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.

    Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi
    gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.
    Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan
    gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:
Personaliti

Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.
Pengaruh persekitaran

Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai
gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.
Promosi

Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.
Pujian dan perasan

Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!
Tidak cukup duit

Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana
gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Perkasakan diri dengan ilmu bukan pada nasib dan mimpi





MARUDI: Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman harus memperkasakan diri bukan sahaja dengan kekuatan mental dan fizikal tetapi juga ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat hidup dengan berjaya dan maju serta tidak ketinggalan berbanding penduduk di bandar.
Ini kerana menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing Anyie, hanya melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran maka penduduk dapat mengubah corak pemikiran dan minda mereka ke arah pembangunan.
Minda masyarakat yang tidak berpengetahuan dan tidak membangun, katanya hanya membawa masyarakat terus dibelenggu kemunduran dan kemiskinan.
“Pembangunan adalah bermula dari otak (pemikiran) kita kerana otak inilah yang digunakan untuk berfikir cara-cara membangun dan memajukan diri dan bukannya bergantung kepada nasib semata-mata, kepada Tuhan dan mimpi,” katanya.
“Ini kerana otak bestari kita yang berfikir untuk memikirkan kemajuan diri masing-masing. Jangan mempersalahkan nasib atau mimpi,” tambah beliau.
Menurut Robert sikap yang terlalu bergantung kepada ‘tidak ada nasib’ atau ‘mimpi buruk’ adalah punca sebenar kegagalan sebahagian besar penduduk luar bandar dalam apa jua usaha yang akan dijalankan.
“Sebaliknya kita terus ber-usaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan, bukan berpandu kepada nasib atau ada mimpi buruk dan sebagainya yang tiada berkaitan,” ujar beliau lagi.
Robert memberitahu demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Long Semiyang di Rumah TK Mathew Uchat Kajan di Ulu Baram, malam kelmarin.
Beliau dalam ucapannya turut mengingatkan penduduk di luar bandar supaya tidak mengabaikan pendidikan anak-anak mereka, bagi memastikan generasi muda khususnya dari luar bandar memiliki kelulusan dan pendidikan yang membolehkan mereka bersaing dalam pasaran pekerjaaan terutama di negeri sendiri.
Robert memberitahu dengan wujudkan gelombang pembangunan di Sarawak yang menyediakan beribu-ribu peluang pe-kerjaan sama ada untuk tenaga mahir dan separuh mahir, Sarawak pastinya menjadi tumpuan jutaan orang yang ingin datang mencari pekerjaan bukan sahaja dari negeri ini dan dalam negara, malah pekerja asing.
“Kalau kita lemah (dalam pendidikan) memang kita akan gagal dalam persaingan terutama dalam merebut peluang pekerajaan dan jangan kita salahkan nasib atau mimpi. Apa yang perlu kita harus mempunyai disiplin untuk berusaha dan berjaya,” tambahnya.
Turut hadir Timbalan Men-teri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan, yang turut merasmikan majlis itu, serta ketua-ketua masyarakat setempat- The Borneo Post

Ibu bapa diberi pilihan terima atau tolak bantuan RM100



Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi 






GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bantuan berkenaan akan diberi kepada semua 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah namun bagi keluarga pelajar yang berpendapatan tinggi, mereka diberi pilihan sama ada untuk menerimanya atau tidak.
Katanya, dalam Belanjawan 2012, kerajaan memperuntukkan RM530 juta bagi tujuan pemberian bantuan berkenaan.
“Saya berpendapat bahawa pelajar dari keluarga yang berpendapatan tinggi tidak perlu mengambil bantuan tersebut jika tidak memerlukannya kerana tumpuan seharusnya diberikan kepada pelajar daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.
“Saya yakin dengan cara begitu, kementerian dapat menjimatkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menampung bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Literasi Pembelajaran Bahasa Asia 2011 di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantuan RM100 untuk setiap pelajar yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas.
Mohd Puad berkata, cara bantuan itu disalurkan kepada pelajar terlibat akan ditentukan tidak lama lagi dan peruntukan berkenaan akan diagihkan sebelum akhir tahun ini.
“Kementerian akan turut membincangkan mengenai pemberian baucar RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang turut melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.
Beliau berkata, bantuan itu dilihat sebagai pendekatan berinovasi yang diketengahkan Perdana Menteri dalam membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.
Sementara itu, Mohd Puad berkata, kerajaan akan tetap memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa pelajar untuk meneruskan sistem itu.
Bagaimanapun, katanya, permintaan itu akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia akan dikaji dengan teliti. — Bernama

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...