SIBU: Lima orang lelaki berumur antara 15 dan 20-an ditahan polis Isnin lalu kerana dipercayai membelasah seorang pelajar berumur 14 tahun di tanah perkuburan Iban di kawasan Kemunyang, dekat sini.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas tercetusnya salah faham antara pelajar tingkatan tiga dan tingkatan dua dari sekolah yang sama.
Menurut laporan, suspek utama yang berumur 15 tahun dikatakan tidak berpuas hati pergi ke asrama dan membawa mangsa ke sebuah tanah perkuburan Iban tidak jauh dari sekolah mereka sekitar jam 6 petang Ahad lalu.
Suspek utama tersebut juga membawa empat orang rakannya yang lain di mana mereka membelasah mangsa sehingga separuh pengsan sebelum meninggalkannya di situ.
Abang mangsa yang mendapa t i adiknya (mangsa) tidak kelihatan di sekitar asrama ketika itu, diberitahu oleh pelajar lain di asrama bahawa adiknya telah dibawa oleh suspek utama serta empat orang rakan yang lain keluar dari kawasan sekolah.
Setelah berusaha mencari di merata tempat, abang mangsa menjumpainya dalam keadaan hampir pengsan dengan kecederaan di kepala, muka dan badan.
Menurut laporan, mangsa dipukul dengan topi keledar selain dibelasah bertubi-tubi oleh suspek- suspek berkenaan.
Tanpa berlengah, abang mangsa menghubungi ayahnya mereka yang kemudiannya tiba di sekolah sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan. Difahamkan, ayah mangsa kemudiannya membuat laporan polis berkenaan dengan insiden tersebut.
Pada keesokan harinya, pasukan polis D4 yang diketuai oleh ASP Tegar Bilong pergi ke sekolah mangsa berjaya menangkap suspek utama selepas tamatnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Suspek utama kemudiannya dibawa ke balai untuk disoal siasat polis dan susulan itu pihak polis pergi ke sebuah rumah panjang di Salim dan menangkap tiga orang lagi suspek. Seorang lagi suspek juga berjaya diberkas di sebuah rumah di Jalan Apollo di sini.
Kesemua suspek kini telah direman selama empat hari untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut- The Borneo Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan