Khamis, 13 Oktober 2011

Kompas: Kerajaan digesa bertindak tegas


Muhammad Faizal
Harakahdaily.net



KUALA LUMPUR, 13 Okt: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub(gambar) mendesak kerajaan Malaysia memandang serius serta mengambil tindakan tegas terhadap akhbar talian Kompas di Indonesia yang melaporkan wujud unsur rasuah serta mengamalkan sikap double standard dalam isu membanteras pendatang asing.
"Kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar talian Kompas milik Indonesia itu perlu dipandang serius dan ia tidak boleh diperkecilkan.

"Kerajaan perlu bertindak segera malah bersikap tegas bagi memulihkan kembali imej Malaysia dan kita tidak mahu seluruh dunia memandang serong dengan pentadbiran negara ini," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Tambahnya lagi, isu yang dinyatakan itu ada benarnya apabila melihat hukuman yang dikenakan hanya melibatkan pendatang asing sedangkan mereka yang menjadi dalang masih terlepas tanpa sebarang tindakan.Beliau juga memberitahu akibat dari sikap yang memilih individu tertentu untuk dihukum akan menyebabkan bukan sahaja masalah memperdagangkan orang semakin bertambah malah kemasukan dadah di negara ini juga meningkat.
"Sebarang tindakan undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan perlu menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang bersalah seperti pendatang asing, kita mahu mereka yang menjadi perancang kepada kemasukan pendatng asing ini dihukum sewajarnya.

"Jika mereka yang melakukan kesalahan ini sering mendapat perlindungan dari pihak tertentu sehingga terlepas tindakan undang-undang, saya pasti bukan sahaja isu pendatang asing malah kemasukan dadah di negara ini meningkat," tambahnya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu beliau menyatakan kebimbangan terhadap sikap memberi perlindungan kerana ianya akan diambil alih oleh sindiket dadah.
"Kita melihat berlakunya tangkapa-tangkapan dilakukan terhadap penagih dadah tetapi jarang sekali kita dengar mereka yang menyeludup dadah ditangkap serta dikenakan tindakan.
"Kerajaan perlu tegas bertindak segera dan jangan ingat apa yang dilaporkan itu hanya isu yang kecil, imej negara perlu dibersihkan.
"Sikap pejam mata atau melepaskan agen kepada sindiket tertentu walaupun tangkapan dibuat menyebabkan jenayah dalam negara ini semakin tinggi," sambungnya lagi.
Sebelum itu satu laporan Kompas.com semalam yang menyatakan kerajaan di negara ini mengamalkan sikap 'double standard' yang hanya menjatuhkan hukuman kepada warga asing tetapi tidak kepada warga negara ini yang terlibat dalam kemasukan warga asing.
Selain itu juga laporan tersebut menyatakan seramai empat belas ribu rakyatnya dihukum manakala tidak sampai seratus orang majikan atau agen negara ini dikenakan tindakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...