Khamis, 13 Oktober 2011

Senarai penerima dalam e-Kasih tidak komprehensif



by Jeremy Lanson. Posted on October 12, 2011, Wednesday
The Borneo Post



PELANCARAN: Fatimah (tiga kiri) menunjukkan logo ‘5s’ JKM. Turut kelihatan (dari kanan) Noriah dan Robert.

Ramai rakyat miskin belum didaftarkan dalam senarai tersebut

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyifatkan senarai orang miskin yang didaftarkan dalam e-Kasih tidak komprehensif.
Menurutnya, masih ramai lagi rakyat yang miskin belum didaftarkan dalam senarai tersebut dan dilihat perlu diambil perhatian segera.
“Saya merasakan senarai orang miskin yang didaftarkan dalam e-Kasih belum cukup menyeluruh.
“Sebagai contoh di Dalat, hanya ada 200 sahaja yang didaftarkan dan ini tidak logik kerana apabila saya pergi ke kawasan, saya tahu bilangan sebenarnya,” katanya.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyokong sepenuhnya pelantikan 106 orang pembanci oleh Jabatan Pembangunan Negeri untuk menjalankan proses pendaftaran e-Kasih di seluruh negeri.
“Usaha ini membolehkan rakyat yang miskin yang belum didaftarkan akan didaftarkan kerana hasrat kerajaan adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan.
“Oleh itu melalui proses pembancian selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember ini, diharap akan dapat memperolehi maklumat yang tepat dan lengkap,” katanya.
Fatimah menambah, 106 pembanci itu terdiri daripada anak tempatan dari setiap kawasan itu sendiri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘5S’ Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Kebajikan di sini semalam.
Selain itu, Fatimah turut memberitahu bahawa kerajaan kini sedang giat menjalankan proses ‘pemutihan’ ke atas senarai e-Kasih yang lama.
“Dalam senarai pertama, saya dapati ada individu yang tidak sepatutnya dimasukkan dalam daftar orang miskin turut tersenarai menyebabkan wujud ketidakpuasan hati di kalangan rakyat yang sepatutnya menerima bantuan.
“Disebabkan itu, kerajaaan kini akan menjalankan proses pemutihan ke atas senarai lama,” katanya.
Sementara itu, beliau dalam ucapannya pada majlis tersebut memberitahu, seramai 43,881 orang penduduk miskin telah menerima bantuan daripada JKM sejak awal tahun ini.
“Jumlah penerima paling ramai ialah di Sibu diikuti Bintulu dan bilangan bantuan paling banyak adalah untuk warga tua berjumlah 14,438 orang,” katanya.
Hadir sama Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Pengarah JKM Noriah Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...