Isnin, 7 November 2011

Teka-teki PRU bulan depan makin rancak, tapi 2012 pilihan ramai



Malaysian Insider

TERKINI @ 03:56:44 PM 07-11-2011
November 07, 2011









ANALISIS, 7 Nov — Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini.
Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad mengandaikan Najib akan mengumumkan tarikh berkenaan setelah beliau pulang dari tanah suci.
“Apabila beliau (Najib) balik pada 9 atau 10 November, ada kemungkinan dikatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 11 November dan pilihan raya akan diadakan bulan depan,” kata beliau dengan mengandaikan publisiti meluas ketika berada di Mekah seolah-olah akan memberikan imej baru kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
Beliau memberitahu publisiti yang meluas ketika berada di Mekah menguatkan lagi ramalan bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin dekat.
“Kita masih berharap pilihan raya umum tidak diadakan bulan hadapan kerana bimbang masalah banjir selain membolehkan Pakatan Rakyat melakukan persiapan rapi,” katanya baru-baru ini. Pada masa yang sama Ahli Parlimen Shah Alam itu menjangkakan pilihan raya umum ke-13 bulan depan sebab Bajet 2012 akan diluluskan minggu ini.
Justeru kata wakil rakyat penggal pertama ini, pembubaran Parlimen tidak perlu menunggu sesi perbahasan selesai, sebaliknya hanya memerlukan Bajet 2012 diluluskan.
Perbahasan peringkat dasar Bajet 2012 sudah selesai. Kini ia masuk peringkat jawatankuasa.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mempunyai satu lagi alasan kukuh ke arah itu “Kita berasa aneh sesi perbahasan bajet kali ini berakhir lewat setiap hari sejak hari pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 3 Oktober lalu seolah-olah bajet mahu diluluskan dengan cepat Ini berbeza dengan sesi perbahasa bajet sebelum ini berdasarkan pengalaman saya ” katanya Meskipun Bajet 2012 akan diluluskan dalam waktu terdekat penganalisis politik veteran Datuk Seri Prof Dr Datuk Syed Arabi Syed Idid pula melihat “Disember 2011 akan kekal sebagai bulan janji sebab segala ganjaran dan imbuhan yang dijanjikan oleh Datuk Najib perlu dilaksanakan dan ditunaikan ” “Ganjaran dan imbuhan ini akan ditunaikan wang tunai yang dijanjikan akan sampai ke tangan penerima akhir bulan depan dan awal Januari ia memerlukan masa jadi tidak mungkin pilihan raya umum tahun ini ” kata beliau dengan mengandaikan kemungkinan pilihan raya selepas awal Februari depan “Kemungkinan bulan Februari atau Mac bukan tahun ini ” kata beliau Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir pada April 2013 Syed Arabi juga mengandaikan tarikh itu memandangkan BN sebenarnya belum selesai membincangkan soal pembahagian kerusi dan calon khususnya yang membabitkan Sabah dan Sarawak “Saya tidak nampak sebarang penyelesaian yang konkrit dalam BN sendiri setakat ini Parti-parti pembangkang nampak ada laporan mengenai perkara Jadi ia akan mengambil sedikit masa pilihan raya umum tahun ini sangat tidak mungkin ” katanya lagi Bagaimana dengan pendirian parti-parti komponen Pakatan Rakyat Parti Keadilan Rakyat PKR tidak kisah bila Najib hendak membubarkan Parlimen.


“Bila pilihan umum akan diadakan itu kena Datuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ” jawab Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad apabila ditanya mengenai spekulasi yang semakin meningkat dengan spekulasi memfokuskan tanggal 11 November — iaitu Jumaat ini — atas alasan nombor “11” adalah angka pilihan Najib “Bagi kami PKR sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa kami sudah mengadakan konvensyen pilihan raya baru-baru ini jentera sudah bersiap sedia calon-calon pun sudah disenaraipendekkan ” kata beliau ketika dihubungi PKR akan mengadakan kongres tahunan mereka di Johor hujung bulan ini dan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Selangor tidak melihat ia sebagai satu masalah “Jika Parlimen dibubarkan kami akan menangguhkan kongres Tetapi setakat ini kita tiada apa-apa maklumat mengenai pilihan raya jadi kongres diteruskan sebagaimana telah dijadualkan ” kata wakil rakyat penggal pertama ini Meskipun keputusan membubarkan Parlimen adalah prerogatif perdana menteri pemimpin Umno parti teras BN masih beranggapan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil tahun depan Berkongsi pandangannya dengan The Malaysian Insider Exco Pemuda Umno Lokman Adam berkata “saya masih beranggapan apa yang diperkatakan sekarang hanya sekadar spekulasi Saya masih berkeyakinan bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan tahun depan tetapi bila tarikhnya saya tidak tahu ” Lagipun tegas beliau BN dan Umno tidak terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal “Tiada sebab untuk diadakan pilihan raya tetapi kita faham menjadi prerogatif perdana menteri untuk memutuskan bila ia akan dipanggil ” kata beliau yang mengetuai biro pidato sayap pemuda Umno ini Dalam nada sindir Lokman berkata “saya pun tidak faham dengan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin ini mereka itu gila dulu tuduh Datin Seri Rosmah dalam isu cincin kemudian anak berbelanja RM200 000 di Australia orangnya pun tak pergi sekarang buat spekulasi 11 November ” “Saya tak faham apa yang mereka fikirkan ini mereka kena terima belajar kekalahan Bagi kami tidak ada apa-apa kami buat kerja macam biasa sahaja ” kata Lokman yang turut menyentuh mengenai cadangan Solidariti Anak Muda Malaysia bahawa satu gerakan besar-besaran akan diadakan sebagai amaran kepada Najib jika gagal melakukan proses penambahbaikan pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan Kelmarin Solidariti Anak Muda Malaysia berkata jika gesaan itu tidak atau gagal dipenuhi pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan protes dengan mobilisasi yang besar sebagai menuntut proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. Ia susulan kepada perhimpunan Bersih 2 0.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Datuk Ibrahim Ali juga berpandangan teguh bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak mungkin akan diadakan tahun ini “Saya tidak fikir pilihan raya umum tahun ini saya masih yakin fikir tahun 2012 ” kata Presiden Perkasa ini dengan merujuk kepada faktor cuaca - ramalan bahawa banjir besar kemungkinan akan melanda negara dalam waktu terdekat “Selain faktor cuaca sebenarnya persiapan semua parti belum rancak lagi tiada papan-papan tanda yang menunjukkan demam pilihan raya saya tidak fikir tahun ini ” katanya lagi Selain kongres tahunan PKR hujung bulan ini Umno juga akan mengadakan perhimpunan agung tahunan akhir bulan ini Ia akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dijangka menyempurnakan sesi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya akhir bulan ini Cuti persekolahan akan bermula pertengahan bulan ini.

Anak-anak perlu kuasai tiga bahasa


Sumber:
Utusan Borneo
7.11.2011
TURUT MEMBANTU: Fatimah (empat kanan) bergotong-royong melapah daging pada majlis korban 15 ekor lembu di Surau Desa Guru sempena Hari Raya Korban, di Kuching semalam. — Gambar Bernama


KUCHING: Anak-anak perlu diberi pendedahan sejak di peringkat prasekolah untuk menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam pertuturan.
Demikian menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah yang mahu ibu bapa menyedari akan hakikat pentingnya penguasaan sekurang-kurang tiga bahasa dalam komunikasi.
“Anak-anak perlu dididik dengan pelbagai bahasa terutamanya bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya satu bahasa tambahan seperti Mandarin dan sebagainya.
“Disebabkan itu, mereka perlu diberi pendedahan seawal peringkat prasekolah lagi agar mereka dapat menguasai kemahiran komunikasi supaya mereka dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan konsert tahunan Grace Bodhi Kindergarten, di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, Fatimah turut menyokong sepenuhnya usaha Grace Bodhi Kindergarten dalam menggilap bakat kanak-kanak.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat mahu lebih banyak taska, prasekolah dan tadika di negeri ini mencontohi Grace Bodhi Kindergarten.
“Ini adalah satu usaha yang bagus, di mana anak-anak ini akan mendapat pendedahan dan mempersiapkan mereka untuk membuat persembahan pada majlis yang lebih besar.
“Selain itu, melalui acara seperti ini, kita mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, berkeyakinan diri dan berketerampilan,” katanya.


60 RANGKAIAN AYAT AL-QURAN JADI PENAWAR KANSER


ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah promosi mukjizat kitab suci rawat pelbagai penyakit


JIKA dulu orang ingat ayat al-Quran hanya untuk rawatan sihir, santau atau gangguan makhluk halus, tetapi kini kalam Allah diamalkan sebagai usaha mengubati penyakit kronik termasuk kanser serta penyakit moden lain.
Usaha mempromosikan mukjizat al-Quran sebagai kaedah merawat penyakit dijayakan pengamal perubatan menggunakan ayat al-Quran yang juga pengasas Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid, beroperasi di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak.
Bermula dengan ikhtiar merawat ibunya yang menghidap penyakit tua, ilmu dan kebolehan dianugerah Allah itu kini dimanfaatkan dengan memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang semakin hari jumlahnya terus bertambah.
Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mula beroperasi sepenuh masa sejak akhir 2010 kini menerima kehadiran mencapai 200 pesakit sehari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang sebelum disambung semula selepas Isyak dan berlarutan jam 1, jika masih ada yang mengharapkan rawatan.
Bersama rakan kongsi, Ashraf Muslim dan seorang lagi anak muridnya yang komited menghulurkan bantuan, Zulhaidi Ahmad, pesakit yang datang mendapatkan rawatan dibekalkan surah untuk dibaca, diiringi doa serta tawakal kepada Allah.
Itu kaedah rawatan di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang menggalakkan pesakit menulis sendiri surah untuk dibaca, selain terus diingatkan supaya tidak jemu berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ada juga disediakan air sebagai memenuhi permintaan pesakit yang berasakan perlu dibekalkan air seperti kebiasaan dalam perubatan Islam, kata Lokman.
Memang sukar menafikan kuasa iklan ‘dari mulut ke mulut’ kerana melalui cara itu kemampuan merawat penyakit melalui pengamalan surah al-Quran mula tersebar dan akhirnya terus menjadi bualan ke hari ini.
“Saya menerima anugerah ini ketika berusia 40 tahun selepas menunaikan umrah. Saya amalkan dengan merawat ibu saya, berusia 89 tahun yang sakit tua. Alhamdulillah, kini mencecah usia 98, ibu sihat dan mampu membaca al-Quran.
“Saya tidak pernah berguru, ilmu ini pemberian Allah. Selepas merawat ibu, kawan isteri dan saudara mara datang untuk berubat dan saya cuba merawat mereka di rumah saya di Bukit Antarabangsa. Sebenarnya ketika itu saya pun tidak pasti sama ada cara rawatan itu betul atau tidak.
“Alhamdulillah, selepas melalui proses percubaan rawatan dan penyembuhan secara berterusan, lama-kelamaan ramai yang datang hingga tertubuh klinik pada 1996. Masa itu saya masih bekerja dan hanya membuat rawatan selepas Isyak,” cerita Lokman pada pertemuan di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, baru-baru ini.
Penghujung 2010, beliau mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan di Suruhanjaya Sekuriti untuk memberi tumpuan kepada memberi rawatan dan bersama Ashraf, mereka bergabung tenaga menjayakan usaha itu.
Berbekalkan pengalaman 12 tahun dalam bidang perubatan al-Quran atau Quranic Medicine, Lokman kini sudah mengenal pasti 60 rangkaian ayat untuk penyakit kanser termasuk kanser payu dara, kulit dan hati.
Bagaimana beliau tahu ayat yang sesuai untuk sesuatu jenis penyakit, semua berpandukan kepada gerak hati kerana beliau tidak pernah bermimpi apa lagi mendengar bisikan suara. Selalunya, ayat baru diterima setiap kali kembali menunaikan umrah, setiap tahun.
Katanya, tidak dinafikan ada juga pesakit mempersoalkan surah diberi untuk diamalkan kerana apabila dibaca terjemahannya, tiada kaitan secara langsung dengan sakit dideritai pesakit atau situasi dilalui mereka.
“Memang ada. Macam ada yang minta ayat untuk murah rezeki, cari jodoh dan dapat anak, saya suruh baca surah al-Waqiah. Tetapi jika tengok makna surah al-Waqiah tiada kena mengena dengan rezeki atau jodoh tetapi ia mengenai hari kiamat.
“Inilah mukjizat al-Quran. Kita tidak tahu rahsia al-Quran hanya Allah saja yang tahu. Surah Israk, ayat 40 dan 55 untuk sakit jantung tersumbat. Beribu yang saya ubat dengan ayat itu, jantung tersumbat jadi baik.
“Rekod mereka di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan memang ada saluran jantung tersumbat tetapi sementara menanti pembedahan, mereka datang dan amalkan ayat itu, Alhamdulillah apabila diperiksa semula, saluran yang tersumbat sudah tiada lagi,” katanya.
Bagaimanapun katanya, masih ada kes walaupun sudah mengamalkan surah diberi tetap perlu melalui pembedahan dan ada pelbagai sebab boleh menjelaskannya selain mengakui hakikat hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan.
Kerana itu juga, beliau tidak pernah menghalang pesakit yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mendapat rawatan di hospital, malah akan menggalakkan jika itu dirasakan perlu demi kebaikan mereka.
“Proses penyembuhan tertakluk pada keredaan Allah, ada datang sekali sudah sembuh, ada datang banyak kali tetapi tidak juga sembuh. Jadi, saya tanya jika ada kesalahan dilakukan pesakit, minta ampun dulu kerana jika pergi hospital tetapi Allah tidak reda, tidak sembuh pun.
“Amalan rawatan menggunakan ayat al-Quran disokong doa dan dosa penghalang kepada doa. Macam mana doa nak dimakbulkan, kena buat banyak solat taubat.
Apabila kita minta ampun, dengan izin Allah kabulkan doa kita,” katanya.
Jangan terkejut jika Lokman memberitahu hanya 30 peratus yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mendapatkan rawatan berkaitan gangguan, sihir dan santau kerana 40 peratus adalah pesakit kanser dan selebihnya penyakit lain seperti epilepsi, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta kronik hepatitis.
Beliau berkata, bagi sakit gangguan seperti sihir atau santau, selepas dibuang mereka akan kembali sihat. Berbeza dengan penyakit kanser, banyak ayat serta surah perlu dibaca untuk menyembuhkan atau memperbaiki organ dalam badan, membunuh sel kanser atau darah tersumbat.
Penampilan dalam program Penawar Syifa’ terbitan Astro Oasis dan segmen Syifa’ dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9 membolehkan beliau berkongsi ayat al-Quran untuk rawatan penyakit dengan masyarakat.
Ditanya tidakkah beliau bimbang perkongsian itu nanti mengurangkan jumlah mereka yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, Lokman sambil tersenyum memberitahu, ayat al-Quran bukan haknya dan menjadi tanggungjawab beliau menyebarkan ayat Allah itu.
“Misi saya memartabatkan ayat al-Quran setanding perubatan moden. Jika orang boleh terima itu, Alhamdulillah. Saya gembira jika perkongsian ini memberi manfaat terutama mereka yang menghidap penyakit dan mencari penawarnya,” katanya.
Tarikh 23 April mencatat sejarah untuk Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut dikongsi pada majlis gilang gemilang ialah hasrat Lokman untuk mendirikan hospital bercirikan persekitaran Islam.
Hospital berkenaan nanti akan sentiasa berkumandang ayat suci al-Quran dan ada ketikanya, ustaz serta ustazah dijemput membacakan ayat al-Quran. Itu impian dan tiga tahun ditetapkan sebagai tempoh menterjemahkan hasrat menjadi realiti.

Tips Keibubapaan- Peringkat Bayi ke Remaja






Peringkat Bayi:
1. Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.
2. Sentiasa bertenang.
3. Menghayati detik-detik bersamanya selalu.
4. Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.
5. Memberi anak anda susu ibu.
6. Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan
7. Selalu membaca untuknya.
Peringkat Kanak-kanak:
1. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.
2. Selalu membaca bersamanya.
3. Belikan permainan yang tidak spesifik ‘ gender’
4. Amalkan disiplin secara konsisten.
5. Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.
Peringkat Remaja:
1. Teruskan bergambar bersama anak anda.
2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
3. Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda..
5. Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.
6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.

MBMMBI TAK GANGGU PELAJAR







KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan pendirian MCA, MIC dan GERAKAN yang menganggap pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan mengganggu pendidikan pelajar di sekolah menengah sebagai tidak logik. 
Malah, beliau hairan dengan pendirian mereka hanya mempertahankan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di sekolah rendah, terutama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), tetapi di sekolah menengah mereka mahu menggunakan bahasa Inggeris.

Katanya dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sepatutnya jangan ada pihak yang bersikap ‘double standard.’ Pendirian parti itu menggambarkan seolah-olah mereka tidak mahu bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu, apatah lagi sebagai bahasa perpaduan.


Pendirian mereka akan menjadikan bahasa Melayu semakin lemah dan terhakis. Mereka tidak sepatutnya sangsi dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris melalui MBMMBI yang jauh lebih baik daripada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebelumnya.


Semua ini berpunca kerana mereka tidak mahu memahami langkah kementerian mengenai pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Mereka harus sedar beratus ribu istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sudah diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Mereka patut malu kalau anak mereka tidak fasih berbahasa Melayu.
Mohd Puad berkata, kedudukan bahasa Melayu harus dipertahankan dan jangan ada pihak yang cuba melemahkannya dalam keadaan semangat perpaduan kini semakin dipersoalkan. Isu PPSMI jangan dijadikan sebagai ugutan politik atau kesempatan tersirat untuk terus menanam perasaan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu dan perpaduan.

Katanya jangan hanya pandai cakap saja, buat kajian menyeluruh mengenai buruk dan baiknya kepada masa depan negara. Bahasa Melayu sebagai lingua franca rakyat negara ini patut terus dimartabatkan, bukan mundur ke belakang


Disunting Daripada 
Berita Harian 4.11.2011

Lesbian, gay nak duduk khemah mana di Arafah?


malaysiakini.com
Dr Juanda Jaya



Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.

Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.

Nabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi.

Baginda menulis surat yang dimulakan dengan salam untuk menghormati penerima suratnya, yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian dan Muqauqis.

Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui.

Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan antimanusiawi ini wajar ditentang.

Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina.

Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang?


Seksualiti aneh wajar ditentang


Yang jantan berpasangan dengan jantan yang lain, dan begitu jugak yang betina. Tak malukah kepada ayam, itik, angsa, katak dan segala binatang senatero alam?

Kalaulah ayam itu boleh bercakap bahasa manusia, sudah pasti ayam itu akan menyindir manusia yang aneh dan pelik ini.
Mungkin ayam jantan tu akan berkata: "Jantan jenis apa kamu ini, memalukan manusia dan binatang jantan."

Golongan yang memperjuangkan seksualiti aneh dan pelik ini wajar ditentang kerana mereka tiada tempat untuk duduk bersama manusia yang normal.

Mereka akan membawa wabak yang merosakkan sifat manusiawi. Mereka juga pasti membawa kerosakan dan bala kepada manusia normal.

Teringat saya sekitar 15 tahun lalu sewaktu menguruskan jemaah haji, pihak kaunseling bertanyakan saya tentang hasrat sekumpulan maknyah dan pondan yang ingin menunaikan ibadat haji.

Saya sambut dengan rasa gembira hasrat mulia mereka untuk dekat dengan Allah. Bagilah mereka peluang untuk kembali dekat kepada Allah kerana rahmat Allah itu tiada batasannya.

Rahmat Allah meliputi segalanya. Hanya dosa syirik yang Dia tidak ampunkan. Yang lain, semuanya akan diampun bagi yang bertaubat dan memohon keampunannya, terlebih lagi kalau dilakukan di tanah suci - di Arafah sewaktu wukuf dan di Mina sewaktu mabit.


Kenapa tak mahu hidup serupa?

Namun persoalan mereka itu tidak berakhir di situ. Saya silap! Mereka yang jadi maknyah ini sebahagiannya sudah berubah bentuk fizikal menjadi jantina lain, sedangkan jantina asal masih kemas tercetak dalam KPT mereka.

Soalan utama mereka: Mereka kena pakai telekungkah? Mereka hendak solat dalam saf wanita? Nanti kalau pergi Arafah, mereka kena pakai telekung atau pakai kain ihram dua helai seperti lelaki lain?

Kalau pakai kain ihram macam lelaki sejati, bukankah akan tersembul dua bukit itu? Bukankah itu akan mengganggu lelaki lelaki normal yang berwukuf dan berihram nanti? Nanti di Mina, mereka hendak tidur khemah mana?


Saya tiada jawapan! Sekadar saya bertanya kembali, golongan wanita asli, bolehkah menerima mereka duduk dalam satu saf dan satu khemah? Sebab yang pasti suara garau mereka pasti akan mengganggu talbiah dan takbir wanita.

Manakala bagi khemah dan saf lelaki normal, apakah mereka boleh menerima mereka dalam keadaan lenggok badan mereka yang berbeza. Di samping kalau mereka berihram, sudah pasti bonjolan dada mereka akan mengganggu ibadat orang lain.

Tetapi, kalau buat khemah khusus dan saf khusus untuk mereka pula, sudah pasti pihak yang menyediakan kemudahan itu tetap akan dituduh mendiskriminasi mereka pula, sebab menganggap mereka seperti makhluk lain?

Yang pastinya, kenapa mereka tidak mahu hidup serupa dan sama rata seperti manusia lain? Bukankah itu manusia yang sebenar?

Saudara fikir bagaimana hendak bantu jawapan saya? Hendak letak mereka dalam khemah mana?


Penulis merupakan mufti Perlis. Bekas zamil di Universiti Oxford itu juga dilantik profesor adjung di Universiti Malaysia Perlis dan profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini dan Wadah Pajak Song iCikgu Rasul


506 Kematian di Thailand





Masyarakat Islam Thai menyambut Aidiladha hari ini ketika timbul kebimbangan bahawa banjir terburuk dalam lima dekad akan menuju ke bahagian tengah bandaraya ini.


Seluruh penduduk di tiga lagi daerah di wilayah Bangkok – Chactuchak (Bangkok Utara), Nong Khaem dan Phasicharoen (Bangkok Barat)- diarah berpindah memandangkan air banjir semakin naik.

Sebelum ini, pemindahan besar-besaran seumpamanya dijalankan di ibu negara itu di daerah Don Mueang, Bang Phlad, Sai Mai, Thawi Wattana, Lak Si, Taling Chan, Bang Khen dan Bang Khae.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra hari ini mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa kawasan di daerah Min Buri dan Nong Chok di bahagian timur Bangkok.

Pasar hujung minggu Chatuchak, paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menjana perolehan 10 bilion Baht (kira-kira RM1 bilion) setahun dibuka semula hari ini sekalipun kawasan sekelilingnya masih banjir.

Bilangan pelawat merosot teruk walaupun keretapi landasan bertingkat dan 'subway' terus beroperasi di kawasan itu.


Limpahan air banjir semakin mendekati bahagian tengah Bangkok ketika kebanyakan daerah sekitarnya di bahagian utara, barat dan timur Bangkok diliputi banjir.

Masyarakat Islam di wilayah Nakhon Sawan dan Ayutthaya dapat melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha berikutan banjir yang surut, sementara di Bangkok aktiviti tersebut dilakukan di kawasan-kawasan tidak banjir.

Kira-kira satu pertiga dari kawasan negara ini masih digenangi air, dengan lebih 3 juta penduduk di 25 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini sejak 25 Julai.

Jumlah kematian meningkat ke 506 hari ini .

- Bernama

KAEDAH HUKUMAN SEBAT IKUT SYARAK





SEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.
Merujuk kepada rencana bertajuk "Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah" oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.
Peruntukan-peruntukan tersebut antaranya ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 125.
Selain itu, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Pahang) 2002, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Seksyen 125.
Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat seperti berikut:
Seksyen 125 - Hukuman sebat
1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.
2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:
a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.
b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.
c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.
d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".
e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.
g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.
h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.
i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.
j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.
4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.
Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman
Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.
Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.
Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.
Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.
Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.
Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.
Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.
Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.
Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."
Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''
Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.
Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."
Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.
Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."
Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.
Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.
Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.
Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.
Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."
Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.
1. Saiz Rotan
Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.
2. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.
3. Pelaksanaan Hukuman
Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.
4. Bahagian Anggota yang Disebat
Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.
5. Cara Sebatan
Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.
6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat
Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.
7. Baki hukuman sebat yang dihentikan
Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
8. Orang yang boleh disebat
Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.
9. Saksi-saksi
Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.
Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.
Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...