KOTA KINABALU: Polis Bandaraya Kota Kinabalu sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian tembakan rambang yang berlaku awal pagi semalam di sebuah kawasan perumahan di sini.
Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis menerima panggilan kira-kira jam 5.30 pagi mengenai bunyi tembakan yang berlaku di Jalan Kebajikan.
“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan mendapati kesan tembakan pada dinding beberapa rumah dan menemui beberapa kelongsong peluru.
“Setakat ini kita sedang mengenal pasti motif kejadian tersebut dan akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1990,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan