Sumber:
Utusan Borneo
31.10.2011
BATU NIAH: Hanya sedikit kealpaan, seorang lelaki nyaris kehilangan kenderaan Hilux miliknya selepas cuba dilarikan seorang lelaki tidak dikenali semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Simpang Ngu di Jalan Miri-Bintulu di sini, mangsa dikatakan memarkirkan kenderaannya itu dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup kerana mahu menyerahkan beg tangan kepada ibunya yang sedang menunggu di kawasan itu.
Namun, sebaik mangsa meninggalkan Hilux itu, seorang lelaki secara tiba-tiba masuk dan cuba melarikan kenderaan yang diparkir tidak jauh dari tempat pertemuan mangsa dengan ibunya.
Sebaik menyedari kenderaannya cuba dilarikan, mangsa terus mengejar dan berjaya membuka pintu Hilux itu dan menangkap suspek.
Suspek yang berusia 28 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk tujuan siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan