Assalamualaikum buat semua pembaca.
Mutakhir ini, banyak orang memperkatakan tentang kemerosotan disiplin dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah menengah di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan oleh semua bahawa ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka. Pada masa kini, ibu bapa lebih bersikap 'pembela' terhadap anak-anak mereka. Mereka tidak mahu mengakui bahawa anak-anak mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang melanggar peraturan sekolah.
Pembaca yang disayangi,
Kenapa ibu bapa hari ini tidak mampu menghidu kelakuan anak-anak mereka yang sudah pandai merokok, ponteng sekolah, lewat datang ke sekolah, bercakap dengan nada tinggi dan kasar dengan guru-guru, merempit, hubungan terlarang, minum arak, berjudi, bergaduh, mencuri dan berbagai-bagai perkara negatif lagi. Apabila Guru Disiplin menghubungi ibu bapa pelajar-pelajar yang bermasalah ini, soalan yang pertama yang terpacul daripada mulut ibu bapa yang malang ini. Betul ke anak saya yang buat? Cikgu salah kot? Kalau kat rumah, anak saya baik. Solat. Pendiam. Pemalu. Inilah petunjuk awal yang ibu bapa tersebut sudah mula 'merosakkan' anak-anak sendiri. Kadang-kadang ibu bapa malang ini tahu dan amat mengerti kelakuan anak-anak remajanya tetapi tidak mahu mengakui akan hakikat tersebut. Seperti membiarkan sebatang besi terendam di dalam air. Lama-lama besi itu akan berkarat dan tidak berguna lagi.
Anak-anak remaja ini hanya berada beberapa jam di sekolah. bermula pukul 7.20 pagi hingga 1.45 petang. Mustahil bagi seseorang guru disiplin membentuk sahsiah anak-anak yang bermasalah ini ke tahap yang sempurna, sedangkan ibu bapa mereka berjalan membusung dada dengan penuh kesombongan untuk menunjuk-nunjuk kepada guru-guru yang mengajar anak-anaknya bahawa mereka berjaya di dalam hidup. Mereka beranggapan guru-guru ini tidak sepandai mereka yang memiliki SPM. Walaupun guru-guru itu memiliki tahap pendidikan ijazah sarjana muda dan ramai yang mempunyai sarjana. Yang menariknya, ibu bapa yang berpendidikan tinggi begitu mudah diajak berbincang demi membina sahsiah anak-anak mereka berbanding ibu bapa yang berpendidikan rendah yang lagak percakapannya seperti pernah mendapat skrol di pusat pengajian tinggi. Golongan ini begitu angkuh membela kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Apabila anak-anak ini keluar dari sekolah dan berbekalkan SPM yang cukup-cukup makan, mereka sukar untuk mendapat kerja-kerja yang dapat memberi kehidupan yang lebih 'menyinar' kepada diri dan 'pembelanya'. Pada masa itu, baru terfikir di dalam benak sipembela tadi, kenapa anak aku tidak berjaya seperti anak-anak orang lain. Pada masa itu barulah bermonolog, "kenapa anak aku tidak mempedulikan aku?". Macam mana anak-anak ini hendak membantu ibu bapa mereka. Hendak bayar ansuran motosikal setiap bulan pun terkadang payah. Hidup sentiasa resah. Kalau dulu di sekolah, guru disiplin pernah mengingatkan supaya jangan menghisap rokok takut-takut mencari dadah pula apabila keluar sekolah. Pandangan guru disiplin itu dipandang rendah kerana ibu bapa pembela ini akan menjawab, "biasalah tu Cikgu. Hisap rokok tidak apa. Lagipun duit yang anak saya beli rokok tu bukan duit Cikgu." Dengan mata yang hampir tersembul keluar, para pembela-pembela ini dengan megah bertanya,"Cikgu boleh tahu ke, anak saya nanti hisap dadah." Apabila perkara ini berlaku, barulah menyesal seperti kata pepatah, "sudah terhantuk baru tergadah."
Pembaca budiman,
Apa yang berlaku kini, apabila umur anak-anak ini meningkat, golongan ini tidak berupaya untuk membina kehidupan sendiri. Terpaksa bergantung 'talian hayat' dengan ibu bapa yang umurnya tidak pernah statik. Kalau dulu bekerja. Kini sudah bersara. Kalau dulu mendada, kini membongkok. Kalau dulu pandai bercakap, kini kelu lidah. Kalau umur senja sepatutnya sudah tidak perlu terkinja-kinja naik turun ke mahkamah untuk menjamin anak merempit. Bela lagi. Terlompat-lompat ke Balai Polis, menjemput anak-anak yang ditangkap air kencingnya positif. Tandatangan jaminan anak berkelakuan baik. Bela lagi. Anak bergaduh dan bertumbuk sejak sekolah hingga keluar sekolah, ibu bapa ini tidak berupaya. Hanya mampu salahkan sekolah dan guru kerana jadikan anaknya begitu. Apabila dah tidak bekerja, mula menjaja kesalahan orang lain. Menuduh dasar pelajaran yang tidak betul. Hidup jenis apakah kita ini, menyalahkan orang lain dan anggap diri kita sahaja yang betul di dalam dunia ini.
Marilah kita kembali kepada kaedah mendidik anak-anak cara 'orang lama'. Tegas dan tidak mengenal erti psikologi barat yang diagungkan pada masa kini. Itulah ibu bapa pembina, bukan pemusnah anak-anak.
Sekian.

satu coretan yang amat sesuai untuk dibaca dan dihayati oleh para ibu bapa pada zaman yang penuh cabaran ini.
BalasPadamberjayanya anak ibu bapa disanjung, gagalnya anak guru digantong
BalasPadam