Rabu, 7 Disember 2011

Transformasi atau Anak Tiri




Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Kerajaan ,mesti membatalkan hasrat mengubahsuai skim jawatan utama perkhidmatan awan peringkat JUSA dan Turus untuk membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.  jika tindakan itu dilaksanakan, maka kerajaan bakal berdepan dengan kemarahan pegawai perkhidmatan awam yang lain.Transformasi atau anak tiri?


Kerajaan juga perlu membatal cadangan tersebut  sebagai menghormati dan menghargai pegawai pentadbiran awam yang lain bukan menjadikan anak tiri. Kerajaan kena jaga ransangan dan motivasi pegawai pentadbiran awam. Amat mengejutkan semua ketua setiausaha kementerian akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula jawatan mereka secara kontrak. Selain itu juga,  mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian. Bagaimana dengan motivasi 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia? 


Tindakan tersebut menggambarkan kerajaan mengalami "krisis kepercayaan politik" kepada pegawai kerajaan yang lain. Dengan tindakan ini, tidak ada kepercayaan kerajaan penjawat awam untuk mengisi jawatan tersebut, apabila dipimpin oleh orang yang tidak ada pengalaman untuk mentadbir.


Tindakan itu sebagai "proses penswastaan pentadbiran awam", langkah berkenaan akan "melumpuhkan sektor" awam kerana menjatuhkan motivasi pegawai kakitangan awam dan Institut Latihan Perkhidmatan Awam (INTAN) dilihat tidak berguna lagi. Adakah ini perakuan kerajaan bahawa INTAN gagal?

Apakah jaminan kerajaan bagi pihak luar yang dilantik ke jawatan tersebut untuk menjaga kerahsiaan kerajaan dan negara. Bagi mengatasi isu tersebut, beliau mencadangkan supaya memperbaiki proses perlantikan  dengan mengutamakan pencapaian dari pegawai penjawat awam. Bukan (dipilih dan dilantik) dengan kabel politik atau (mempunyai hubungan) dengan peringkat yang lebih atas. Baiki proses memilih, elak daripada kabel politik, kerana ia akan merosakkan pentadbiran awam," katanya.


Penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta. Cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu. Menurut beliau seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.


Kenapa perlu ambil orang luar yang tidak tahu apa-apa tentang jabatan kerajaan sedangkan kita tahu masih ramai penjawat awam yang berkebolehan untuk menjawat jawatan itu. Kalau sudah tiada (penjawat awam) yang layak... mungkin orang luar boleh mengisinya, tetapi dengan syarat bukan semua jawatan ditawarkan. ka

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mesti membantah cadangan menjadikan perkhidmatan awam anak tiri atas nama transformasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...