Kira-kira 200 orang berhimpun di taman KLCC di Jalan Ampang kerana membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman.
Mereka tidak berdepan dengan meriam air atau cota polis,ntetapi sebaliknya hari ini, kumpulan tersebut yang berpakain kuning, berdepan dengan semburan perenjis air.
Mereka bergerak menghampiri beberapa batang pokok di taman selepas pengurusan KLCC, sekali lagi, menutup kawasan itu untuk operasi pembersihan, termasuk kawasan yang menjadi lokasi peserta protes minggu lalu.
Di sana, mereka berdiri mengelilingi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, ketika dia mendeklamasian sajaknya.
Kemudian, pihak pengurusan kompleks itu membuka perenjis air di tempat mereka berdiri.
Mereka yang terperangkap dalam semburan perenjis air itu melindungi diri mereka dengan payung dan terus mendengar Pak Samad membaca puisi terbaru sebagai penghormatan kepada 'occupy movement', Merindu Ruangan selepas membaca puisi Bersih - Unggunan Bersih.
Sumber: malaysiakini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan