Rabu, 19 Oktober 2011

Kemalangan Jalan Raya di Seremban






MALANG: Beberapa buah kereta yang remuk bertindih di antara satu sama lain dalam kejadian kemalangan yang membabitkan sembilan buah kenderaan yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi semalam di persimpangan Jalan Seremban-Tampin berhampiran Taman Bukit Mas, Seremban semalam.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Mercedes yang dipandu seorang lelaki dari arah Seremban terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar beberapa kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.
Enam mangsa terdiri dua lelaki dan empat perempuan daripada kenderaan berasingan yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) manakala 13 mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan. — Gambar Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...