Isnin, 25 Oktober 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 di SMK Selayang Bharu






Puan Nolilah, Puan Arfah dan Puan Mahaletchumy di
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010
SMK Selayang Bharu
 Selayang Bharu, 25 Oktober 2010- Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah disempurnakan oleh Puan Arfah binti Abd Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Bidang Bahasa yang diterajui oleh Puan Mahaletchumy a/p Balakrishnan menganjurkan program tersebut patut dipuji dan diambil iktibar oleh semua pihak dalam usaha membantu memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Melalui tema, "1 Bahasa, 1 Bangsa dan 1 Negara", membawa gagasan yang amat bermakna dalam usaha meletakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan pada martabatnya. Tujuan pelancaran bulan bahasa adalah utnuk memperkuat rasa kecintaan, kebanggaan dan kemegahan dalam kalangan warga SMK Selayang Bharu terhadap bahasa dan sastera. Bagi memastikan penglibatan semua pelajar, pelbagai aktiviti dan acara dilaksanakan sepanjang bulan penganjurannya. Pada hari ini, selain nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, warga SMK Selayang Bharu terpukau dengan persembahan deklamasi sajak oleh pelajar. Program-program lain yang turut mendapat sambutan para pelajar adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membaca Puisi dan Pertandingan Pidato. Melalui aktiviti seperti ini, akan dapat mempererat dan memperkukuh kesatuan bangsa Malaysia melalui aktiviti bersifat kebangsaan dan kesusasteraan yang pragmatik.
Akhir sekali, melalui penganjuran dan kempen seperti ini yang diadakan secara berterusan,  diharapkan bukan sahaja membantu memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Barisan Hakim Pertandingan Membaca Puisi Yang Komited
Mencari Pemuisi Terbaik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...