Puan Norlilah bt Ismail |
dalang punca kekalutan
dua pihak mulai sedar dan faham
bagaimana api marah nak padam
bila hari hari di asak dengan fitnah yang tajam
hati panas tak tenteram
cari lah ketenangan
usah dilihat kelemahan kawan
usah diperbesar kesilapan teman
bersatulah kembali dengan kemaafan
berdamailah dengan keikhlasan.....
lalu si dalang mendiam
memikir strategi untuk menyerang balas..
mencari "fakta" sebagai alasan
wahai dalang..
aku juga seorang teman
aku juga mungkin sekali, kau jadi kan bahan
dan mungkin ramai yang telah termakan
dengan apa yang kau sebarkan
wahai dalang..
aku tidak marah,.
aku tidak mengalah,
aku tidak susah,
mungkin sedikit gelisah
tapi aku tak kisah.....
teman ku dalang..
marilah kita bersahabat akrab
kerna keakraban akan menjelaskan kekaburan
marilah kita bergandingan
kerna pada mu sangat aku rasa kasihan
mungkin aku terlepas pandang
kehadiran mu seolah olah tidak ku pedulikan
kau mungkin mahukan perhatian
mahu suara kedengaran
mahu dilihat sebagai berpengetahuan
itu memang kehebatan mu teman
jom...
bersama kita selangkah sehaluan
mendalangi perjuangan dan kejayaan
mendalangi menyatu padukan
kawan dan teman
agar kita semakin kuat dan mantap
dan menghapus semua cerita yang tak sedap...
ikhlas
Norlilah Ismail
23 Okt 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan