Pada 17.5.1970 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Batu Caves telah diadakan Sambutan Hari Guru 2010. Saban tahun kita menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan besar para guru. Menyelami setiap cabaran yang mesti diharungi oleh guru dalam memenuhi tuntutan kemajuan negara dan membentuk keperibadian insan yang mulia, kita perlu memahami bahawa guru sebenarnya memikul amanah yang besar. Melaksanakan amanah ini pula bukanlah satu tugas yang mudah . Harapan masyarakat terhadap guru amat tinggi dan cabaran yang dihadapi bukannya sedikit.
Sukar dinafikan, siapapun diri kita dan apa jua diri dan kedudukan kita, semuanya adalah berkat tunjuk ajar ada bimbingan para guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu. Justeru sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai ingatan terhadap jasa dan pengorbanan guru yang seringkali menjadi seperti lilin membakar diri demi menerangi orang lain.
Pelbagai acara diatur untuk sambutan Hari Guru pada tahun ini. Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan, Encik Azuan bin Abdul Aziz melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama semua pihak baik ahli-ahli mahupun pelajar-pelajar yang terdiri daripada pengawas-pengawas sekolah dalam menjayakan program tersebut. Pendapat beliau disokong oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizy bin Hasan, Naib Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Selayang Bahru. Selain acara persembahan daripada Kumpulan Giat Budaya SMK Selayang Bharu di bawah Pengurus Seni Persembahan, Puan Nor Hafidah binti Abdul Hanit, pelajar-pelajar dan guru-guru, pertandingan 'dart', bola tampar, congkak dan ping pong turut diadakan. Encik Joshua Hooi Chee Shing turut diberi Anugerah 'Wedding Of The Year' dan menerima cenderamata sebagai Pengantin Terbaru SMK Selayang Bharu. Ini menimbulkan semangat baru untuk Encik Ramadan bin Jamaluddin dan Encik Mohd Zul Fahmi bin Abd Rashid untuk berebut gelaran 'Wedding Of The Year' pada tahun 2010. Tokoh Guru SMK Selayang Bharu, dirangkul oleh Puan Norlilah binti Ismail, Guru Penolong Kanan HEM. Guru-guru popular pada kedua-dua sesi turut diberi penghargaan. Encik Jasmin bin Jalil dan Puan Meriam Bi Binti Sulaiman mendominasi anugerah Guru Paling Popular Sesi Pagi manakala Encik Mohd Mirashab bin Mohamad Hussein dan Cik Siti Norazwane binti Abd Rahman mendapat undian tertinggi sebagai Guru Paling Popular Sesi Petang. Guru-guru perempuan yang melahirkan anak turut diberi cenderamata. Guru-guru yang menyambut hari lahir bermula Januari hingga Mei turut diberi cenderamata. Penulis turut bertuah kerana pada hari yang sama, turut diraikan hari lahir yang ke 40 tahun. Persembahan daripada pelajar-pelajar begitu mengkagumkan hati dan perasaan guru-guru. Lagu dendangan secara berkumpulan pengawas-pengawas sekolah membuktikan keunggulan Puan Rabiah binti Jawa memimpin kumpulan tersebut ke peringkat antarabangsa. Penulis bersama Encik Mohd Mirashab bin Mohamad Hussein mendeklamasikan sajak luahan rasa Usman Awang 'Guru O Guru'.
Pada kesempatan ini, penulis mengucapkan Selamat Hari Guru 2010 kepada semua kawan-kawan penulis di Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pelajaran Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Guru-Guru SMK Seri Gombak dan Guru-Guru di SMK Selayang Bharu.Dalam era globalisasi kini kita harus menerima hakikat bahawa pendidikan tidak lagi berfungsi sekadar untuk mengisi keperluan lokal tetapi memenuhi tuntutan global.
MD RASUL HARON
smksb sekolah yang bagus,saya sayang smksb
BalasPadamsalam..rindu geng2...ape2 hal insyakALLAH aku akan dtg sane..S.a.h.a.b.a.t! ;)
BalasPadam