MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Cif Inspektor Majid bin Baba IPPD Gombak memberi ceramah mengenai kesalahan lalu-lintas yang sering dilakukan oleh pelajar |
Puan Norlilah bt Ismail GPK HEM SMK Selayang Bharu |
Selayang Bharu, Batu Caves, 25 Februari 2011- Satu sesi ceramah PDRM telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Kelab Pencegahan Jenayah telah diadakan di SMK Selayang Bharu Batu Caves. Objektif penganjuran nya ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya jenayah seksual, memartabatkan maruah diri sebagai wanita yang menjaga kehormatan dan bagi pelajar lelaki pula, meningkatkan kesedaran pelajar tentang peraturan lalu lintas. Ceramah bertajuk "Kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan-hukuman dan kesannya terhadap pelajar" disampaikan oleh C/Inps.Majid bin Baba kepada pelajar-pelajar lelaki. Manakala, Insp.Shahedawati pula menyampaikan ceramah yang bertajuk "Gangguan Seksual-kenali punca, jenis dan cara menangani" kepada pelajar-pelajar perempuan". Dalam ceramah gangguan seksual, Insp.Shahedawati menegaskan bahawa, "jangan biarkan gangguan seksual. Kalau dibiarkan menjadi kes cabul dan akhirnya menjerumus ke arah jenayah rogol."
Pn.Norlilah bt Ismail dalam kenyataan beliau, begitu berpuas hati dengan pengisian program pada hari ini. Bagi beliau ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah amat menarik dan mampu menggerakkan hati semua pelajar SMK Selayang Bharu.
Pelajar-Pelajar Lelaki Tekun Mendengar Ceramah |
Sebahagian Guru SMK Selayang Bharu berada di luar dewan sebelum mendengar ceramah Ganggual Seksual untuk pelajar perempuan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan