Ahad, 14 Ogos 2011

Hari kemerdekaan disambut bersama Majlis Rumah Terbuka Khas





KUCHING: Sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Sarawak pada tahun ini akan diraikan dengan menggabungkan bersama majlis rumah terbuka khas, yang berbeza daripada sebelumnya.
Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sambutan kali ini menggunakan pendekatan berlainan kerana tarikh berkenaan jatuh pada Hari Raya iaitu 30 dan 31 Ogos.
“Kita akan menggabungkan tarikh penting dan majlis rumah terbuka khas yang dipanggil Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Merdeka 1Malaysia untuk meraikan Hari Merdeka tahun ini.
“Pada 30 Ogos iaitu Hari Raya pertama, kita adakan rumah terbuka Merdeka sementara 31 Ogos pula acara kemuncak bagi sambutan kemerdekaan,” katanya pada satu sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Namun menurut beliau, venue bagi acara berkenaan berkemungkinan akan diadakan sama ada di Stadium Perpaduan di Petra Jaya ataupun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
“Kita akan sahkan tempat yang sebenar secepat yang mungkin,” tegasnya yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar.
Abang Johari dalam pada itu menyeru kepada orang ramai untuk menyertai sambutan Hari Merdeka yang bertemakan ‘1Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’.
Beliau berharap premis sama ada swasta dan kerajaan supaya bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan dan sebagai tanda kesetiaan kepada negara.
Hadir sama pada sidang media, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang.
Sumber: The Borneo Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...