Sabtu, 29 Januari 2011

Jangan Terlalu Sensitif Sehingga Menafikan Kebenaran Sejarah

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah benar negara.
Menurut Ibn Khaldun; Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Muhd Yusof Ibrahim pula memberi erti sejarah; Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Bapa Sejarah Dunia, Herodotus memberi makna; Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya. Peristiwa yang bersejarah dipaksikan oleh 3 elemen:


1. Fakta yang benar dan tepat
2. Penting dan bermakna
3. Sebab dan akibat
Penulisan sejarah adalah berasaskan kajian terhadap sumber sejarah. Sumber sejarah terbahagi kepada 2 iaitu;
1. Sumber primer (fosil, artifak, kertas, keterangan lisan, diari, batu bersurat, surat peribadi fail rasmi jabatan dan manuskrip yang belum bercetak- Belum diolah dan ditafsir)
2. Sumber sekunder (buku, majalah, jurnal, risalah, ensiklopedia, laporan tahunan jabatan- Bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum)
Sekarang kita mendengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita, sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. Persoalannya, setakat manakah sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Kesannya nanti, maka sejarah yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah. Jiika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis, maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh pelajar-pelajar. Salah satu faedah kita mempelajari sejarah ialah untuk menjadikan panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...