Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.
Setiap daripada kita pernah merasai atau melalui pengalaman memandu yang tidak menyenangkan di lebuhraya dan jalan-jalan di Malaysia. Manakan tidak, sedang kita 'feel' memandu, datang dari celah-celah aliran trafik, pemandu kereta yang mengemudikan kereta terpakai kebanggaannya menyelinap cuba memotong kereta-kereta berlabel mewah.
Kita faham perasaan pemandu sebegini, mungkin dia rasa 'maruahnya' tercalar dek kelancaran perjalanan kereta mewah tadi. Manakan tidak, sebelum ini sudah siap berhabis duit gaji ke kedai aksesori untuk membesarkan lubang ekzos. Dah make-up macam-macam. Sebaik sahaja masuk ke lebuhraya, terkejut apabila melihat di depan mata, kereta mewah yang memasuki lorong smart-tag berdesup meninggalkannya yang sedang mengambil 'kupon'. Apa lagi, marahnya bukan kepalang. Mula ditekan minyak semahunya. Bunyi bising ekzos menarik perhatian pengguna lain. Kita bimbang semangat berlumba ini disalah ertikan. Kenapa tidak digunakan semangat itu untuk perkara yang lain? Sepatutnya kita berusaha untuk menjadi seperti pemilik kereta mewah tadi. Secara fizikalnya, golongan ini dianggap berjaya dan memiliki pendapatan yang kukuh.
Jangan kita mengundang rasa marah orang lain kepada kita dengan sikap kita yang mencelah kiri dan kanan di lebuhraya. Sekiranya berlaku kemalangan, banyak kesan yang akan menimpa diri kita. Kereta perlu dibaiki. Kecederaan perlu dirawat. Kematian perlu disempurnakan. Apabila kita menyedari yang masa itu tidak dapat diganti dan setiap tahun umur kita meningkat, kita akan menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan