Isnin, 24 Oktober 2011

Kastam rampas barang seludup dengan cukai hampir setengah juta ringgit






KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai RM115,319.65 membabitkan cukai  RM456,296 dalam operasi khas bersepadu selama tiga hari bermula Jumaat lepas hingga semalam.
Timbalan Pengarah Kastam negeri Hamzah Sundang berkatam antara barangan yang dirampas ialah minuman keras, rokok dan telefon bimbit buatan China.
“Dalam operasi yang membabitkan anggota penguat kuasa dari seluruh Sabah ini, sebanyak 99 premis termasuk mini market, kedai runcit, restoran dan kedai kopi telah diperiksa dan hasilnya sebanyak 26 kes telah diperolehi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, rampasan terbesar ialah di daerah Tenom, bahagian pedalaman Sabah, yang menyaksikan seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun ditangkap dan 228 kotak minuman keras dan 40,850 bungkus rokok yang dimuatkan dalam sebuah lori dirampas.
Kesemua barangan itu bernilai RM114,398.24 (termasuk nilai lori) dengan jumlah cukai sebanyak RM420,214.74, katanya.
Hamzah juga berkata, jabatan kastam dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menjalankan operasi Pacak yang bertujuan menangani masalah penjualan rokok di kawasan kaki lima.
Setakat ini 10 orang ditahan dan 6,028 bungkus rokok bernilai RM12,684.02 dengan jumlah cukai RM58,532.74 dirampas dalam operasi yang bermula 6 Okt lepas dan akan berakhir 31 Okt ini, katanya. — Bernama


1 ulasan:

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...