Isnin, 24 Oktober 2011

Remaja maut selepas motosikal rempuh kereta


Utusan Borneo
PARAH: Mangsa cedera parah di kepala selepas motosikal yang ditunggangnya
bertembung dengan kereta di Jalan Maigold, Desa Senadin Fasa 4, Miri, petang kelmarin.




MIRI: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merem­puh sebuah kereta di Jalan Maigold, Senadin Fasa 4 petang kelmarin.
Dalam kejadian seki­tar jam 6.45 petang itu, mangsa, Michael Ling­idai Mungkum, 21, yang menunggang motosikal bersendirian datang dari Tudan Desaras, keluar dari simpang di Taman Pe­rumahan Senadin namun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Wira Aeroback.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai me­kanik itu keluar dari ru­mahnya kira-kira jam 6.30 petang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas tanpa menggu­nakan topi keledar.
Rempuhan kuat menyebabkan mangsa melambung tinggi ke udara sebelum jatuh ke tengah jalan sementara motosikalnya terseret kira-kira tujuh meter dari tem­pat kejadian.
Pegawai Penyiasat Trafik Miri Rosmadi Ibrahim, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima pang­gilan kecemasan kira-kira jam 7.30 malam sebelum bergegas ke tempat ke­jadian.
Menurutnya, mangsa yang mengalami keceder­aan parah di kepala akibat hentakan kuat kemudian dikejarkan ke Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.15 petang semalam, lapan jam selepas ke­jadian.
Sementara pemandu kereta terbabit patah tan­gan kanannya.
Inspektor Rosmadi menambah, setakat ini pihaknya masih men­jalankan siasatan ber­hubung kejadian dan ber­harap orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan polis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...