Isnin, 24 Oktober 2011

Pemikiran positif bantu penyembuhan


Utusan Borneo
by Sandy Mark Luna. Posted on October 24, 2011, Monday



CEGAH BARAH: Fatimah (lima kanan) menunjukkan isyarat ‘Kekuatan’ bersama kumpulan Sistem Sokongan Sosial pada Seminar Kesedaran Barah Payudara di Kuching, semalam.



Sistem sokongan sosial bantu pesakit barah payudara berpeluang tinggi untuk sembuh

KUCHING: Pesakit barah payudara yang menerima bantuan sistem sokongan sosial, selain bantuan perubatan memiliki peluang lebih tinggi untuk sembuh. Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, sistem sokongan itu membantu membentuk pemikiran yang positif yang dapat memberi kekuatan kepada pesakit.
“Pemikiran yang positif merupakan bahagian paling penting dalam proses penyembuhan kerana ia memberi kekuatan dan harapan ketika pesakit bertarung dengan barah.
“Sebab itulah kedua-dua bantuan perubatan dan sosial ini sama-sama penting kerana pembedahan, radioterapi atau kemoterapi sahaja tidak memadai untuk memastikan penyembuhan sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Seminar Kesedaran Barah Payudara di sini, semalam.
Beliau menjelaskan, pesakit akan berhadapan dengan perasaan sunyi, emosi dan tertekan dan untuk itu, bantuan itu akan membantu membina pemikiran yang positif.
“Perasaan itu boleh mengurangkan peluang untuk sembuh. Sebab itulah penting untuk pesakit untuk kekal positif dengan bantuan sokongan sosial semasa rawatan,” katanya.
Dalam pada itu, Fatimah memberitahu bahawa barah payudara paling banyak dihidapi oleh kaum Cina, diikuti oleh India dan seterusnya Melayu.
Katanya, wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
“Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina adalah 1 per 14, kaum India 1 per 15 dan kaum Melayu 1 per 24,” katanya.
Fatimah memberitahu, lebih separuh daripada jumlah wanita yang didiagnosis dengan barah itu berumur kurang daripada 50 tahun.
“Anggaran agensi antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa pada tahun 2000, terdapat 3,285 kes dilaporkan dan  1,707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...