Isnin, 24 Oktober 2011

Sarang tebuan ancam keselamatan orang ramai


Utusan Borneo





SRI AMAN: Orang ramai memohon pihak berkua­sa tempatan supaya segera memusnahkan sarang tebuan yang membuat sarang di se­batang pokok berhampiran Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman di sini.
Utusan Borneo yang mem­buat tinjauan selepas dimak­lumkan penemuan sarang itu mendapati terdapat dua sarang tebuan pada pokok terbabit.
Tebuan itu yang dikenali ‘gamang’ dalam bahasa Iban dikhuatiri boleh mengancam kepada kanak-kanak sekolah yang sering berjalan kaki menuju ke Sekolah Jenis Ke­bangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang.
Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau bimbang kanak-kanak daripada SJK Chung Hua Simanggang akan mengganggu sarang ‘gamang’ itu yang boleh mengancam keselamatan orang ramai yang berhampiran sarang serangga berbisa itu.
Ujarnya, sengatan tebuan itu amat berbahaya sehingga boleh meragut nyawa mangsa yang alah kepada bisa serangga itu.
“Saya berharap pihak ber­wajib tampil bagi menghalau serangga ini,” katanya kepada Utusan Borneo, di sini, se­malam.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, belum ada mangsa diserang tebuan itu sejak ia membuat sarang pada pokok itu bulan lepas, ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...