Isnin, 24 Oktober 2011

Lebih 150,000 topi keledar percuma JKJR sejak 2008




GEORGE TOWN: Lebih 150,000 topi keledar diedarkan secara percuma dalam semua siri kempen keselamatan anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sejak 2008, kata Ketua Pengarahnya, Leslie Leon.
Beliau berkata, selain itu, JKJR mengadakan kempen keselamatan membabitkan penyertaan pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti di seluruh negara.
“Bagi kempen keselamatan yang diadakan di sekolah menengah, semua topi keledar diberi secara percuma kepada pelajar, bagi kempen yang diadakan di jalan raya, setiap penunggang dan pembonceng motosikal dimestikan membuat pertukaran topi yang baru dengan topi yang mereka pakai,” katanya.
Leon berkata demikian selepas merasmikan kempen advokasi keselamatan jalan raya di sini semalam sempena Persidangan Pengarah JKJR ketiga dari 21 hingga 23 Okt.
Selain memfokus kepada penunggang dan pembonceng motosikal, kempen kali ini  juga memberi tumpuan terhadap penggunaan tali pinggang keledar bahagian temoat duduk depan dan belakang kereta.
Hari ini, sebanyak 50 topi keledar dan 15 topi keledar kanak-kanak diedarkan kepada pengguna jalan raya, selain 100 ves keselamatan dan 300 keping ‘visibility enhancement material’(VEM) serta 300 risalah keselamatan jalan raya. — Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...