Norlilah Ismail |
dalam tempoh itu
aku memerhati diri
kekadang peluang datang tanpa diundang
ku terima dengan diulit rasa kesyukuran
hati rasa cemas dan terdesak
dengan termampu yang boleh ku buat
mahu memenuhi syarat
dan di hujung malam
aku sujud memohon pada Mu Ya Rabb
berserah dan tawakal atas segala usaha
menghulur nya pada Mu yang maha berkuasa
hamba kerdil mu ini
tunduk dengan ketentuan
tawaran jemputan pun dah amat menyenangkan
sebagai tanda Allah sayang
penguat iman
menerima apa sahaja keputusan
adalah yang terbaik dari Mu tuhan
Aku kini sedar...
Kaulah perancang sebenar
apa yang berlaku adalah iktibar
Aku kini sedar..
kini aku dapat penawar
untuk buat jiwa senang
dengan mengaku kekerdilan
dan menerima segalanya dengan kesyukuranmengaku diri adalah seorang hamba penuh kehinaan
di sisi MU TUHAN!!!
nukilan
Norlilah Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan