Ahad, 6 Mac 2011

Rakyat Diutamakan Untuk Ditindas

Oleh:

MD RASUL BIN HARON














Sebagai pengguna berkelas rakyat, saya dan anda berasa marah dan kecewa dengan kenaikan harga barangan asas yang yang tidak dibendung oleh Kerajaan Pusat. Dalam tempoh 2 bulan, sudah 3 kali harga bahan bakar dinaikkan atas alasan menyelaraskan harga dan terkini menaikkan RON 97 sebanyak 10 sen lagi awal Januari 2011. Sebagai hadiah istimewa awal tahun untuk rakyat daripada Kerajaan Pusat.
Apabila bahan bakar naik, gula pun naik, tentulah semua harga yang lain naik, termasuk kuih-muih. Sudah pastinya rakyat menerima padah apabila petrol naik harga. Kalau di Kuala Lumpur, jalan sentiasa sesak, lebih cepatlah minyak kontang. Apabila keluar makan tengahari, tambah perit lagi poket sebab harga makanan juga telah naik. Kenaikan harga sekarang menyebabkan pengguna tidak lagi mementingkan kualiti dalam kerja mereka kerana mahukan harga terendah untuk semua perkhidmatan.
Rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan asas sekarang kerana pendapatan tidak cukup untuk menanggung keperluan harian. Harga petrol melintasi sempadan semua barangan kerana ia digunakan untuk pengangkutan dan tenaga.
Setiap kali bahan asasi dinaikkan Menteri akan beri jaminan, harga barang tidak akan naik namun hakikat ialah kenaikan harga barangan tidak dapat dibendung kerana peniaga terpaksa menanggung kesan berkenaan.

Di Australia, kerajaan akan menaikkan gaji untuk membendung kenaikan harga barangan serta pelbagai insentif supaya rakyat tidak terbeban seperti subsidi terhadap perkhidmatan pendidikan dan perubatan. Berbeza di negara kita, kerajaan malah majikan tidak langsung memberi insentif kepada pekerja. Sepatutnya selain menaikkan gaji, kerajaan juga boleh memberi insentif lain seperti menaikkan elaun COLA. Kepada penjawat awam yang mendiami rumah kerajaan, sepatutnya kerajaan tidak  memotong elaun COLA. Kenapa tidak dibayar penuh?
Jangan lukakan hati rakyat dengan membandingkan harga bahan bakar dengan negara jiran. Alasan diberi ialah kenaikan tersebut jauh lebih rendah dengan negara jiran. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kepada 'Rakyat Diutamakan Untuk Ditindas'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...