Oleh:
MD RASUL BIN HARON |
Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai potensi diri yang baik. Seringkali potensi itu terselindung dan akhirnya terkubur begitu sahaja. Keadaan ini berlaku apabila persekitarannya tidak dapat membantu pelajar itu mengenali dan meneroka potensi mereka. Malah lebih malang lagi jika persekitaran pelajar itu membunuh potensi tersebut. Hasil dari timbulnya konsep kendiri yang lemah ini maka tercetuslah pula pelbagai permasalahan yang sukar diatasi oleh diri mereka sendiri. Lantaran itu juga keadaan ini akan menjurus ke arah ketidakyakinan diri, mewujudkan sekatan minda dan seterusnya memperlihatkan seseorang itu tidak berkeupayaan dalam semua bidang.
Pengawas SMK Selayang Bharu sedang menikmati hidangan malam |
Kursus Kepimpinan ini adalah satu pendekatan yang difikirkan berkesan dalam menyampaikan pengetahuan yang bermakna kepada pelajar SMK Selayang Bharu yang terlibat supaya mereka dapat mengimbangi pencapaian dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan, diharap 200 orang pelajar akan dapat menengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai pengawas. Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing di sekolah. Ini akan dapat menjamin terbentuknya suasana sekolah yang harmoni, berkasih sayang, ceria, bekerjasama, bantu-membantu, bertimbang rasa, hormat-menghormati, cekal dan dedikasi yang akhirnya akan menghasilkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang yang pelajar ceburi.
Kursus-kursus seumpama ini banyak membantu pelajar khasnya pemimpin menjalankan tugas dan memainkan peranannya dengan berkesan di sekolah. Semangat setia kawan, kerjasama dan toleransi semasa menjalankan tanggungjawab masing-masing akan dapat diterapkan. Kem Kepimpinan Pengawas SMKSB 2011 ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Pengawas SMKSB berupaya untuk menerapkan sikap beramanah, hormat-menghormati dan berkasih sayang. Pelbagai kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi dapat diberikan dengan berkesan.
Dengan itu dicadangkan agar pihak sekolah dan di waktu yang lain PIBG terus berusaha untuk menganjurkan kursus-kursus yang seumpanya. Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak khususnya daripada guru-guru sekolah ini dan ibu bapa pelajar, program seumpama ini dapat dijayakan dengan berkesan dengan kos yang minima. Adalah diharapkan Kem Kepimpinan Pengawas SMKSB 2011 akan dapat membantu para pelajar terlibat merealisasikan matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
Tertib di dewan makan |
Suasana yang harmoni |
Aktiviti untuk mewujudkan kerjasama |
Cekal dan dedikasi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan