Sumber:
Utusan Borneo
Posted on December 1, 2011, Thursday
MIRI: Seorang guru ditemani ibu dan kakaknya maut dalam nahas jalan raya di jalan pesisir pantai Bakam dalam kemalangan pada jam 7 malam tadi.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan balik ke Niah dari Miri setelah menjemput ibu dan kakaknya dari Lapangan Terbang Miri selepas tiba dari Pulau Pinang.
Mangsa dikenali, Logman Hashim, 25, Zabarulah Ahmad, 58, dan Hanim Yusof, 30, terbunuh di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, kereta Kancil yang dinaiki mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan kereta Toyota Hilux dari arah bertentangan.
Bagaimanapun, pemandu dan seorang penumpang Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan