Jumaat, 12 Disember 2014

WhatsApp


WhatsApp. Kawan-kawan yang sudah lama kita tinggalkan dapat didekatkan semula. Saya sendiri dapat mengetahui perkembangan terkini kawan-kawan yang hebat pencapaian. Grup MPIP- Unit J begitu aktif mendominasi gajet yang saya miliki. Hampir 20 tahun lebih tidak bertemu, pelbagai cerita dikongsi. Semasa jadi guru pelatih dahulu kami sentiasa bersama baik waktu makan, belajar, riadah dan sebagainya. Ada suka. Ada duka. Semuanya berlaku dalam usia muda. Apabila meningkat dewasa rupa-rupanya apa yang berlaku adalah proses membina kehidupan. 


HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari. Tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai ‘kera sumbang’ iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri. Bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan pelbagai lagi.


Kumpulan Whatsapp boleh terdiri daripada kaum keluarga, rakan sekerja, organisasi rasmi, entiti perniagaan atau rakan sebaya di sekolah. Penghantaran mesej atau perkongsian fail audio video boleh dilakukan secara serentak kepada semua ahli kumpulan untuk tindakan segera. Keberkesanan dan kecekapan komunikasi itu menambah nilai sistem penyampaian dan juga daya pengeluaran sesebuah organisasi. Jadi, jangan gunakan aplikasi ini di jalan yang tidak benar atau salah seperti mengirim gambar tidak senonoh dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kewujudan Viber, WeChat, KakaoTalk dan berbagai-bagai lagi aplikasi serupa menjadi trending.  Gunakan sebaik mungkin dan menjadi manfaat.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...