Ahad, 7 November 2010

Biar Papa Asal Bergaya...! Renungkan

widgets

Faridah Bt Mohamad Saad
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Tun Razak
Cheras, Kuala Lumpur

Adakah kehidupan kita semakin rumit kesan daripada kegagalan kita mengawal perbelanjaan akibat kita masih bertahan dengan gaya hidup yang kita jalani selama ini. Bukan sedikit orang yang hidupnya sengsara gara-gara terlebih berbelanja.  Ada yang perlu melangsaikan hutang atau kad kredit kerana dulu sudah ambil beberapa barang dengan metode 'guna dahulu, bayar kemudian' atau bayar selepas sekian tempoh yang ditetapkan.
Masa mengambilnya dulu, memang seronok sebab dapat memiliki barangan yang dihajati, tapi kini, baru kita sedar akan tindakan kita dahulu kurang atau tidak bijak langsung. Kerana turutkan kata hati, inilah akibatnya. Perkara ini bukan baru dan dialami oleh banyak orang.  Sejak dahulu hingga sekarang, masih ada orang yang akan terperangkap dalam situasi begini.
Memang sukar mengubah sikap kerana ia berkait-rapat dengan faktor seperti cara berfikir, tahap pendidikan, kesedaran dan suasana sekeliling. Yang jadi beban ialah mereka yang mengamalkan sikap sanggup berhutang dan biar papa asal dapat bergaya.
Seharusnya, semakin berusia kita semakin matang dan tidak lagi mudah terikut-ikut orang lain. Ukur kemampuan sendiri.  Biar bersederhana asalkan jiwa tidak merana.

Sabtu, 6 November 2010

Kita Manusia Tentu Banyak Buat Silap

widgets
Memberi dan menerima kemaafan itu antara sikap terpuji. Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa yang tidak terlepas melakukan dosa dan kesilapan sesama manusia. Memaafkan mereka yang pernah melukakan hati memang bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu rendah diri, bersihkan hati dan terimalah kemaafan kita sesama manusia. Ini lebih bermakna daripada menyimpan dendam kesumat di hati. Kelak merosakkan diri sendiri.
Dalam melalui kehidupan, selagi kita bergelar manusia, tidak akan lekang melakukan kesilapan sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Jadi, sudah menjadi kelaziman apabila melakukan kesalahan, kita sama-sama mohon maaf dan ampun. Hidup lebih aman dan damai seandainya kita semua dapat mengelakkan permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri.

Jumaat, 5 November 2010

Depresi...Boleh Mendorong Tindakan Membunuh Diri

widgets
Depresi atau kemurungan ialah penyakit mental yang menyebabkan mood seseorang menjadi menurun. Mood ini secara tidak langsung akan menjejaskan kehidupan harian pesakit termasuklah gaya pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya masalah depresi ini tidak dirawat oleh pakar, boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.
Penyakit depresi dianggarkan dalam lingkungan 5 peratus daripada 1.4 juta penduduk (T.Maniam:UKM). Depresi menyerang tidak mengira bangsa dan agama. Malah wanita ialah golongan paling mudah diserang penyakit ini. Wanita lebih mudah terdedah diserang depresi mungkin kerana daripada faktor perubahan hormon akibat kitaran haid, mengandung, kelahiran dan menopaus, lebih tekanan dalam urusan membesarkan anak-anak dan rumah tangga dan mungkin lebih open-minded mendapatkan khidmat pakar berbanding lelaki.
Kita perlu tahu sama ada kita atau orang di sekeliling mengalami depresi dengan mengenal pasti ciri-cirinya iaitu individu tersebut sentiasa sedih dan menangis, mudah tersinggung, tidak bermaya, tidak berupaya menikmati aktiviti kegemaran, rasa bersalah yang tidak menentu, sakit-sakit badan, kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan(sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut), mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga dan yang paling teruk adalah cubaan membunuh diri.
Depresi sebenarnya ialah penyakit yang boleh dirawat.  Kebanyakan pesakit depresi ini lambat untuk mendapatkan rawatan adalah kerana stigma sosial, kurangnya sokongan daripada keluarga, kurang kesedaran terhadap masalah yang dihadapi dan menolak hakikat bahawa mereka tergolong dalam kumpulan pesakit depresi yang memerlukan rawatan.

Your Moral Values Are Your Bottom Line

widgets
To build EQ, you need to uphold your moral values. In today's business and work environment, honesty and integrity are two of the most crucial values that sustain a business. To have good people relationships, you have to build trust. Love is the only emotion that expands intelligence. Humility, compassion and respect are some of the values that naturally improve your ability to manage emotion.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...